Connect with us

Oh! Media

“Dia Tak Pernah Peluk Saya, Haritu Dia Peluk” – Datuk Yusof Haslam Menangis Kenang Arwah Ridzuan Hashim

ridzuan hashim

Oh! Artis

“Dia Tak Pernah Peluk Saya, Haritu Dia Peluk” – Datuk Yusof Haslam Menangis Kenang Arwah Ridzuan Hashim

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengalirkan air mata mengenang pemergian arwah Ridzuan Hashim yang meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung, semalam.

ADVERTISEMENT

Menerusi temu bual bersama Official Hlive, Yusof Haslam berkata Ridzuan seorang pelakon yang sangat berdisiplin, kuat bekerja dan menepati masa.

Ketika menjayakan drama terakhir bersama Skop Production berjudul Kuasa, Yusof berkata arwah dah menunjukkan tanda kurang sihat. Ketika itu, dia ada tanya Ridzuan sama ada dia boleh berlakon tetapi Ridzuan tegas menyatakan dia sihat.

Dia peluk saya, dia tak pernah peluk saya tapi hari tu dia peluk. Saya kata jangan paksa diri, dia kata, “No, i’m okay.”

Semangat juangnya yang kuat sebagai pelakon menyebabkan Yusof Haslam mengekalkan arwah dalam siri itu. Dia sebagai penerbit juga faham arwah perlu mencari rezeki buat keluarga, tambahan pula arwah nak sangat berlakon.

Komitmen dia dalam filem KL Gangster cukup bagus, saya selalu melawat Syamsul shooting dengan dia. Disiplin dia, menepati masa. Saya 69, arwah 62 tahun. Allah SWT lebih sayangkan dia.

Tak dapat tahan sebak, Yusof berkata, dia menasihati pengarah supaya menyesuaikan lakonan dengan keadaan kesihatan arwah. Kalau tak boleh berjalan, arwah dibenarkan berdiri sahaja atau duduk mengikut kemampuan arwah.

Kredit: Official Hlive

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas