Connect with us

Oh! Media

Awal Ashaari Berdepan Saman RM300k Kerana Mungkir Janji?

F513d5ec 4940 4384 a951 d6b3c2d3dc12

Oh! Artis

Awal Ashaari Berdepan Saman RM300k Kerana Mungkir Janji?

Pengacara terkenal, Awal Ashaari berdepan dengan saman lebih RM300,000, apa cerita pula ni? Menurut laporan Harian Metro, Awal dikatakan telah melanggar kontrak dengan sebuah syarikat perabot dan hiasan dalaman, Naz Capentry.

Awal dikatakan mungkir janji dan melanggar kontrak yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak selepas dia memberhentikan syarikat itu daripada meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah. Peguam kepada Naz Capentry, Nurul Hafidzah Hassan mengatakan yang ini adalah saman sivil kedua difailkan terhadap Awal.

Anak guam berpendapat bahawa Awal tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak pihak-pihak dan percaya bahawa anak guam berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat pelanggaran berkenaan.

Pada mulanya, Awal telah bayar deposit RM100,000 kepada syarikat untuk memulakan kerja pengubahsuaian, tetapi Naz Capentry tuntut untuk tidak membayar balik wang pendahuluan tersebut. Jumlah lain atas tuntutan pula adalah membayar baki kerja-kerja pengubahsuaian yang dah siap, jumlah tajaan yang sepatutnya diiklankan di media sosial dan kos-kos lain.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas