Connect with us

Oh! Media

Janna Nick Takkan Padam Gambar Baju Nampak Dada Dan Kongsi Gambar Lain Pula

Ohmedia janna

Oh! Artis

Janna Nick Takkan Padam Gambar Baju Nampak Dada Dan Kongsi Gambar Lain Pula

Selepas memuat naik gambar memakai pakaian yang terselak hingga menampakkan bahagian dada, pelakon Janna Nick teruk dikecam netizen, namun pelakon tersebut tidak melenting dan menerima komen-komen tersebut dengan hati terbuka.

BACA: Gara-Gara Foto Ini, Janna Nick Ditegur Netizen

Tidak mahu menegakkan benang yang sudah basah, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata mungkin netizen terkejut apabila dia berpakaian seperti itu kerana selalu melihat dirinya berpakaian boyish.

IKLAN

Walaupun dikecam teruk, pelakon tersebut berkata tidak akan memadam gambar berkenaan dari media sosialnya.

Kalau orang kata saya seksi saya terima, memang itu seksi lah. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima. Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam. – Katanya kepada mStar semasa sidang media secara virtual.

Janna Nick

Dalam pada itu, dia turut meminta agar orang ramai untuk mendoakan agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik dan sebagai manusia dirinya juga mahu pengakhiran hidup yang baik.

Bagaimanapun, melihat posting terbaru Janna Nick di Instagram, terlihat satu lagi gambar yang membuatkan netizen kembali menegurnya. Nampaknya Janna memang tak serik dan tak kesah ditegur.

Perkongsiannya kali ini turut mendapat teguran dari pelakon Awal Ashaari. Janna kemudian hanya membalas dengan ketawa panjang.

Image 5

Kita doa yang terbaik sahaja buat Janna.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas