Connect with us

Oh! Media

“Keputusan Yang Besar Baginya” – Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Bertudung

20230405 134241 0000

Oh! Artis

“Keputusan Yang Besar Baginya” – Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Bertudung

Rata-rata warganet mengetahui bahawa pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah pada awal tahun yang lalu.

BACA: “The Real Menganjing” – Ramai Terhibur Tengok Awal Ashaari Buat #PalangChallenge

Melihat Scha Alyahya nampak lebih manis dengan mengenakan tudung, ramai warganet mendoakan agar pelakon itu dapat beristiqomah.

IKLAN

Awal tak paksa

Screenshot 20230405 133950 instagram

Meskipun lebih manis dilihat orang ramai, Awal Ashaari bagaimanapun tidak memaksa isterinya untuk berhijrah dengan cepat. Sebagai seorang suami, Awal mahu melihat isterinya berubah ke arah kebaikan bukan kerana paksaan.

Benda macam ini perlu datang dari dalam dan sebagai suami saya hanya mendoakan yang terbaik. Saya rasa benda ini keputusan yang besar bagi dia sebab perlu beristiqamah.

Pengacara itu juga memberitahu isterinya menerima banyak tawaran untuk menjadi model bertudung, namun terpaksa menolak kerana masih belum bersedia.

Tapi, lepas balik umrah dia jadi lebih terbuka untuk menerima kerja begitu.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Scha Alyahya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas