Connect with us

Oh! Media

“Asyik Dia Je” – Ayda Jebat Berebut Nak Bayar Sampai Gaduh Dengan Suami

Ayda Jebat

Oh! Artis

“Asyik Dia Je” – Ayda Jebat Berebut Nak Bayar Sampai Gaduh Dengan Suami

Selepas hampir dua tahun berkahwin, penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat mendedahkan asam garam rumah tangganya bersama suami, Nabil Mahir.

BACA: Ayda Jebat Respon Video Suami Cium Ketiak, Minta Peminat Jangan Lihat Dari Sudut Negatif

Dalam sesi Question & Answer di Instagram, Ayda ditanya peminat sama ada mereka pernah gaduh selepas kahwin. Iyalah, nampak macam romantik je kan? Pernah ke gaduh?

IKLAN

Peminat tanya pernah ke gaduh?

Menjawab soalan itu, Ayda mengaku dia dan suami selalu bergaduh bila nak bayar sesuatu. Mana taknya, mereka akan berebut-rebut dan Nabil sebagai suami tak akan kasi ‘can’ dekat Ayda untuk bayar.

Whatsapp image 2022 11 01 at 83432 pm 337x600 1

Kata penyanyi ini, sebagai isteri dia kadang-kadang nak juga belanja suami tapi suami tak benarkan. Fuh untung betul ya.

Selalu gaduh bila time nak bayar. Berebut-rebut nak bayar. Dah asyik dia je bayar, kita nak juga belanja kadang-kadang!

Dalam kesempatan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Temberang ini berterima kasih kepada suami, siap minta nak belanja makan walau tahu suami tak mahu.

Korang pulak macam mana?

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas