Oh! Artis
“Apa Salah Saya Pada Dia?” – Siti Nurhaliza Jawab Sindiran Terhadap Konsert Legacy 30
Siti Nurhaliza jawab sindiran terhadap Konsert Legacy 30, dedah tak pernah terima tawaran dari Iman Tang.
Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan jawapan balas terhadap komen didakwa menyindir Konsert Legacy 30 yang berlangsung baru-baru ini.
BACA: TokTi Beli Beg Tangan Ketika Aliff Syukri ‘Live’ Buat Ramai Teruja
Dalam screenshot yang tular, individu yang sinonim sebagai penganjur konsert itu berkata, tiada perubahan baru dan asyik ulangi konsep yang sama yang dianggapnya membosankan.
Screenshot itu mengundang pelbagai spekulasi serta kecaman hebat daripada netizen dan peminat setia Siti.
Siti tak pernah tolak sebarang tawaran
Menerusi platform Threads, seorang netizen bertanyakan kepada Siti sama ada beliau pernah menolak permintaan individu itu untuk menganjurkan konsert melibatkan dirinya.

Penyanyi ini berkata, dia tidak pernah mendapat tawaran dan tidak faham mengapa individu itu membuat hantaran sedemikian.
Pssttt! Sebagai penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza tidak hanya dikenali dengan suara emasnya tetapi juga dengan sikap profesional yang tinggi. Walaupun berdepan kritikan terbuka, beliau tetap tenang dan menjawab dengan berhemah. Terbaik Tokti!
Kredit: Threads Siti Nurhaliza
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM