Trending
TokTi Beli Beg Tangan Ketika Aliff Syukri ‘Live’ Buat Ramai Teruja
Datuk Seri Aliff Syukri teruja TokTi beli beg keluarannya ketika siaran langsung TikTok. Sokongan luar biasa dari biduanita negara buat ramai terharu!
Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri teruja bukan main apabila mengetahui Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli beg tangan jenamanya semasa siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Aliff berkata dia pada mulanya menyangka hanya gurauan, namun selepas menyemak transaksi, ternyata TokTi betul-betul beli!
Saya macam tak percaya bila pengikut beritahu TokTi beli beg saya. Bila semak sistem dan tengok bayaran dah dibuat, saya terus rasa seronok!
“Satu penghormatan luar biasa,” – Aliff Syukri

Aliff menganggap pembelian itu bukan sekadar sokongan, tetapi satu pengiktirafan besar kepada usahawan tempatan sepertinya. Katanya, beliau kagum kerana ikon besar seperti TokTi pun sanggup menyokong produk bumiputera.
Siapa sangka orang macam beliau pun boleh sokong saya. Ini satu penghormatan luar biasa untuk diri saya.
Sempat nyanyi lagu Siti tanda terharu

Bukan tu jer, Aliff turut mendendangkan lagu-lagu popular TokTi seperti Bukan Cinta Biasa dan Joget Pahang sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas sokongan tak dijangka itu.
Reaksi spontan dan lucu Aliff itu turut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Pssttt! Sokongan sesama anak tempatan adalah semangat yang perlu dikekalkan. Tak kira siapa kita, hargailah produk tempatan agar lebih ramai usahawan terus maju ke hadapan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM