Connect with us

Oh! Media

“Anita Baharom Kahwin Tak Cukup Setahun Tak Ada Isu Pun” – Shuib Hairan Netizen Cepat Menilai Watie

Oh! Artis

“Anita Baharom Kahwin Tak Cukup Setahun Tak Ada Isu Pun” – Shuib Hairan Netizen Cepat Menilai Watie

Penyampai radio dan usahawan, Shuib meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang cepat sangat menilai sikap dan perwatakan Watie Hanifiah, wanita yang kini dikaitkan dengan dirinya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kenapa Orang Tak Suka Auntie Watie?” – Anak-Anak Shuib

Memetik laporan Gempak, Shuib berkata, ada juga segelintir netizen yang kurang senang jika dia mahu berkahwin dengan Watie. Sampaikan ada netizen kata Watie akan jadi ibu tiri yang garang.

“Belum tahu macam mana pun dah cakap macam-macam”

Ujar anggota kumpulan Sepahtu ini lagi, mungkin netizen mengambil berat dan mahu yang terbaik buat dirinya namun katanya, dia lebih mengenali Watie.

Diorang tak sabar ke nak marah saya kahwin? Kang kalau saya kahwin, nanti orang marah. Bila Anita Baharom kahwin, tak cukup setahun (suami meninggal) tak ada isu pun.

Contoh la kalau saya nak kahwin, orang nak buka cerita dia… belum tahu dia macam mana pun dah cakap macam-macam.. boleh ke dia ni? Muka garang la, kalau jadi mak tiri garang.

Shuib juga mengaku rimas dan terasa hati kerana selalu terima pertanyaan mengenai pengganti isterinya, Allahyarham Siti Sarah di mana pertanyaan tu membuatkan dia berasa sedih.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas