Connect with us

Oh! Media

Aniq Suhair Didakwa Beri RM60,000 Pada Wanita Yang Hamilkan Anaknya Untuk Gugur Kandungan

Ohmedia  Aniq Suhair

Oh! Artis

Aniq Suhair Didakwa Beri RM60,000 Pada Wanita Yang Hamilkan Anaknya Untuk Gugur Kandungan

Pelakon Aniq Suhair, sehingga ke hari ini masih lagi terpalit dengan dakwaan dia telah menghamilkan seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya itu.

Malah, wanita berkenaan mendakwa Aniq telah memintanya untuk mengugurkan kandungan sehingga dia menghadapi jangkitan di bahagian rahim.

Ujar wanita itu lagi, dia sudah tidak akan termakan dengan janji manis aktor tersebut yang pernah berjanji untuk menjaganya sekiranya dia menggugurkan kandungan.

IKLAN

Walau bagaimanapun, aktor itu secara tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.

Menerusi beberapa siri hantaran di TikTok, wanita tersebut turut berkongsi kronologi kes membabitkan dirinya dengan Aniq Suhair.

Aniq Suhair

Dalam pada itu, wanita tersebut didakwa telah menerima sejumlah wang bernilai RM60,000 daripada pelakon terbabit bagi menampung kos untuk menggugurkan kandungan.

Difahamkan, wang tersebut sebagai ‘hadiah’ supaya wanita berkenaan menutup mulut dan tidak menghebohkan kepada orang ramai.

BACA: Lama Mendiamkan Diri, Aniq Suhair Akui Sedang Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Terdahulu, pelakon Aniq Suhair pernah memberi kenyataan menyatakan dirinya kini lebih dekat dengan Tuhan setelah diuji pelbagai ujian.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas