Connect with us

Oh! Media

Kena Tempias Kecaman Sebab Anak Pakai Seksi, Azhar Sulaiman Dah Tegur, Nak Rotan Dah Besar

Oh! Artis

Kena Tempias Kecaman Sebab Anak Pakai Seksi, Azhar Sulaiman Dah Tegur, Nak Rotan Dah Besar

Nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi sebutan selepas dia memuatnaik video terbaru di Tiktoknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen Mengucap Lihat Video Anak Azhar Sulaiman Semakin Seksi

Video itu mencetuskan kontroversi kerana pakaiannya yang dikatakan terlalu seksi sehingga bapanya turut terkena tempias kecaman netizen.

Menerusi laporan mStar, Azhar Sulaiman berkata sebagai bapa dia sudah tentu menjalankan tanggungjawab dengan menegur kesilapan.

Namun katanya, apa yang ditegur itu bukanlah mudah. Dia berharap anak-anak dapat berfikir lebih jauh mengenai kesan kepada keseluruhan bukan hanya diri sendiri tetapi keluarga dan ibu bapa.

Sebagai bapa, saya ambil tanggungjawab untuk menegur apa yang tidak boleh dilakukan. Tetapi kalau dia masih lakukan, saya hanya berdoa semoga dia akan berubah.

Kita tak boleh merotan atau menjerit kepada anak-anak sekarang… apa ntah lagi, mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak.

Katanya, anak-anak yang sudah meningkat dewasa tidak sesuai lagi untuk dirotan. Anak-anak perlu ditegur secara berhemah dan dia berdoa semoga anaknya berubah menjadi lebih baik.

Ketika ditanya wartawan mengenai perkembangan tiga anaknya sama ada mereka akan ikut jejak langkah masuk bidang seni atau tidak, pelakon ini berkata tidak.

Leona akan menyambung pengajian dalam bidang perundangan, kembar lelakinya pula sudah bekerja dan kakaknya pula mahu menjadi ahli politik.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas