Connect with us

Oh! Media

Amira Othman Syukur Dapat Bekerja Dengan Fattah Amin

Fattah Amin Amira Othman

Oh! Artis

Amira Othman Syukur Dapat Bekerja Dengan Fattah Amin

Amira Othman terharu dapat berganding dengan Fattah Amin, siap cakap dirinya hanya menumpang populariti.

Kahwin je la cepat! Mesti ramai yang akan cakap macam tu tiap kali tengok konten pelakon dan penyanyi popular, Amira Othman dengan Fattah Amin.

Apapun, baru-baru ni Amira ada luahkan rasa terharu dan berterima kasih dekat, Fattah Amin. Kenapa agaknya tu?

Menerusi video tersebut, Amira yang kini aktif dalam dunia lakonan berkongsi rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk bekerja bersama Fattah yang sememangnya sudah mempunyai nama besar dalam industri hiburan tanah air.

IKLAN

Siapa je yang bekerja dengan Fattah Amin ni pasti menumpang populariti dia kan, jadi saya berterima kasihlah kepada Fattah Amin dan juga management dia kerana sudi bekerjasama.- Kata Amira.

Netizen doakan jodoh, puji sifat merendah diri Amira Othman…

Fattah Amin

Luahan jujur Amira itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai yang tersentuh dengan sikap rendah diri Amira walaupun dia sendiri bukan calang-calang artis, dikenali ramai dan berbakat besar dalam nyanyian dan lakonan.

Lebih menarik, ada juga yang mula ‘mengshipkan’ pasangan ini, siap mendoakan agar mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Dua-dua baik, dua-dua sopan. Kalau berjodoh mesti comel ni. Amira pun popular apa, tapi bagus dia humble.- Komen netizen.

Populariti bukan segalanya, tapi sikap itu yang dinilai…

@4mi15

Fly highh abglong dan kaklong🔥. Semoga rezeki duo teman sekerja ini sentiasa mengalir dan diberkati🥹. #amiracleforfattah #fattahamin #amiraothman #doaygbaik2 #fattmira #fyp #foryou #fypage #malaysia #xybca #foryoupage #rissaskin #jakel #pmw

♬ suara asli – storydevoyage – vogueandvibes

Dalam dunia hiburan, populariti memang memainkan peranan besar. Tapi bila selebriti yang dah ada nama macam Amira Othman pun boleh bercakap begitu merendah diri, tak hairanlah ramai peminat terus menghormati dan menyokong kerjaya beliau.

Netizen juga dilihat semakin menghargai artis yang bukan sekadar berbakat, tapi juga beradab dan tahu hormat orang lain, sama macam Amira tunjuk dalam video viral tu.

Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup ni, tak salah kalau kita berdiri di belakang orang lain untuk belajar dan berkembang. Macam Amira, dia tak malu mengaku yang dia belajar dan menumpang nama besar Fattah. Tapi dalam masa sama, dia tetap usaha bina nama sendiri dengan cara yang jujur dan hormat.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas