Connect with us

Oh! Media

Ali Puteh Bukan Lagi Duta Ayam, Dakwa Ditipu Dan Tak Pernah Dapat Bayaran

Oh! Artis

Ali Puteh Bukan Lagi Duta Ayam, Dakwa Ditipu Dan Tak Pernah Dapat Bayaran

April lalu, pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan umum jalin usahasama menjadi duta untuk jenama perniagaan pembekalan ayam mentah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Tahu Akan Ada Yang Cakap Mula Niaga Sebab Nak Bayar Duit Itu Tapi..”

Namun, tugas itu nampaknya tidak bertahan lama apabila Ali mengesahkan tak lagi mempunyai kaitan dengan syarikat itu.

Menurut Ali, keputusan itu diambil kerana tidak mahu namanya terpalit dengan dakwaan skandal penipuan syarikat itu terutama membabitkan bekalan ayam.

Lebih malang lagi, apabila pelawak itu mendakwa dia tidak mendapat sebarang bayaran mahupun faedah selama menjadi duta.

Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.

Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini. 

Demi menumpukan perhatian kepada syarikat itu, dia telah melepaskan beberapa tawaran bernilai puluhan ribu sebelum ini. Dia juga telah memberikan komitmen sebagai duta tapi tak dapat bayaran seperti yang dijanjikan.

Mengakui berasa kecewa, Ali berkata dia menerima tawaran itu selepas diperkenalkan seorang rakan yang memang dia kenal. Dia juga ada kontrak sah dengan syarikat itu dan cuba beberapa kali mendapatkan penjelasan tetapi tiada jalan penyelesaian.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas