Connect with us

Oh! Media

Selalu Bergurau ‘Kahwin Dua’, Azmi Caliph Buskers Tersentak Bila Isteri Respon..

Cover Photo Om 1200 X 675 13

Oh! Artis

Selalu Bergurau ‘Kahwin Dua’, Azmi Caliph Buskers Tersentak Bila Isteri Respon..

Selepas 10 tahun menanti, Azmi Caliph Busker akhirnya bakal menjadi seorang ayah apabila isteri disahkan hamil. Difahamkan, kandungan isteri kini sudah memasuki usia empat bulan.

Terbaru, Azmi menerusi perkongsian di Facebook berkata pada lima tahun pertama perkahwinan dia sering ‘bergurau’ mengenai hajat ingin berkahwin dua. Isteri pada awalnya hanya melayan sahaja gurauan siap mencabar kehendak Azmi itu.

Dulu, waktu 5 tahun awal perkahwinan saya dan isteri, , dia tak marah langsung kalau saya bergurau fasal nak kahwin lain. Kononnya nak carikan dia kawanlah, kasihan dia penat buat kerja seorang-seoranglah, nak bagi dia merasa ada payung emaslah. Bukan setakat tak marah, malah dia boleh mencabar saya lagi sebab dia tahu saya memang tak berani. Sembang saja kuat.

42771897 676361466079445 3361274438443073536 n

Namun, apabila memasuki tahun keenam perkahwinan, isteri tidak lagi memberikan respon yang sama. Isteri lebih banyak berdiam diri membuatkan Azmi mengurangkan gurauan sebegitu.

IKLAN

Pada tahun ke lapan perkahwinan, dia hamil tapi tak sampai 2 bulan kandungannya gugur. Mulai dari saat itu, dia selalu termenung bila baru lepas bermain dengan budak kecil, sedih bila terbaca ucapan Selamat Hari Ibu, rasa kecil bila kawan-kawan bersembang fasal anak masing-masing.

Apa lagi bila berjumpa dengan saudara-mara yang tak pandai jaga mulut persoalkan bila nak dapat anak. Akan basahlah baju saya dengan airmatanya. Dia juga selalu sangat bertanya pada saya, “Yang, kalau saya tak dapat beri awak anak, awak akan kahwin lain tak?”

Menyedari pedih hati isteri yang bimbang akan ditinggalkan kerana belum hamil, Azmi menghiburkan hati isteri dengan membawanya bercuti ke hotel.

35266241 590170718031854 4283275029220687872 n

Apa sahaja dilakukan Azmi untuk mengelakkan isteri kesunyian. Jelas Azmi lagi, dia mahu membuktikan hidup tanpa anak juga mampu bahagia.

Alhamdulillah rasanya hiburan yang saya beri menjadi. Sampai masuk tahun 2021 iaitu tahun ke sepuluh perkahwinan, kami sepakat untuk lupakan fasal anak. Kita cari kebahagiaan berdua sahaja.

Segala puji bagi Allah. Dialah yang maha mengetahui dan Dialah yang merancang segalanya. Berkat doa yang tak putus-putus dari Emak, keluarga dan orang sekeliling, tak lama lepas kami sepakat begitu, isteri kata dia rasa tak selera makan, selalu rasa nak muntah.

Selepas redha dengan ketentuan Allah SWT, mereka dikejutkan dengan hadiah terbesar iaitu kehamilan isteri yang sudah mencecah usia 4 bulan. Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Azmi memohon rakan-rakan mendoakan semoga semuanya selamat.

Kredit: Azmi Saat

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas