Connect with us

Oh! Media

“Boleh Saya Cium Dia?” – Ali Puteh Sebak Akhirnya Jumpa Hamzah Selepas 4 Tahun Konflik

hidayah ali

Oh! Artis

“Boleh Saya Cium Dia?” – Ali Puteh Sebak Akhirnya Jumpa Hamzah Selepas 4 Tahun Konflik

Pelawak Ali Puteh hari ini akhirnya berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Norhidayah untuk membayar wang saman berjumlah RM75,000 seperti yang dituntut mahkamah.

ADVERTISEMENT

BACA: Ali Puteh Bersedia Jumpa Hidayah Secepat Mungkin Untuk Selesaikan Isu Tuntutan Hutang

Menerusi satu sesi live, Ali dilihat hadir bersama anggota keluarga yang lain bertemu empat mata dengan Hidayah menyelesaikan isu yang timbul di antara mereka.

Tetapi, pembayaran difahamkan tidak dapat dilakukan kerana Hidayah dan keluarga mahu urusan dibuat di hadapan peguam.

Ali terjah rumah Hidayah nak bayar saman

Tak berpuas hati, Ali mempersoalkan mengapa pembayaran perlu melibatkan peguam sedangkan Hidayah boleh bersuara mengenai hutang di media sosial.

Foto: mStar

Sementara itu, peguam yang mewakili Hidayah menasihati Ali supaya tidak datang ke rumah Hidayah secara tiba-tiba seperti yang dilakukannya hari ini.

Peguam meminta Ali mengatur satu tarikh untuk berbincang secara lanjut di pejabatnya. Selepas berbincang, Ali akhirnya menemui jalan penyelesaian iaitu pembayaran dibuat melalui peguam bukannya cash kepada Hidayah.

Sebak akhirnya dapat jumpa anak saudara, Hamzah

ali hamzah

Pada pertemuan petang Selasa itu, Ali berkesempatan berjumpa anak saudaranya Syed Uthman Hamzah selepas empat tahun berhadapan konflik.

Assalamualaikum, salam Pak Ngah. Salam ni kakak, ni adik. Hamzah, Pak Ngah tak ada apa nak bagi. Ini duit belanja Hamzah.

Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia, ini kali pertama. Boleh saya cium dia ya? Empat tahun saya tak jumpa dia.

Pelawak tersebut dilihat memperkenalkan anak-anaknya kepada Hamzah sebelum meminta izin untuk memeluk dan mencium Hamzah.

Ali dengan suara sebak berkata, inilah kali pertama dia berjumpa Hamzah setelah sekian lama berpisah. Dia juga sempat memberikan sampul berisi wang sebagai wang saku kepada anak saudaranya itu.

Kredit: Instagram Hidayah_hamzahh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas