Connect with us

Oh! Media

“Aku Baru Gugur, Sabarlah” – Sering Digasak Netizen Mengenai Zuriat, Zulin Aziz Akui Tertekan

Oh! Artis

“Aku Baru Gugur, Sabarlah” – Sering Digasak Netizen Mengenai Zuriat, Zulin Aziz Akui Tertekan

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup mereka. Pastinya kehadiran insan bergelar anak itu pasti akan melengkapkan kehidupan mereka sebagai suami isteri.

ADVERTISEMENT

BACA: Lepas Settle Dengan Nana, Zulin Aziz Nak Saman Netizen Pula?

Namun begitu, sekiranya sesebuah pasangan itu masih belum ada rezeki untuk mendapatkan zuriat, ia bukanlah satu tiket untuk orang sekeliling mendesak mereka untuk mendapatkan anak secepat yang mungkin.

Sering ditanya netizen mengenai zuriat, Zulin tertekan

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Zulin Aziz meluahkan rasa kecewanya selepas sering digasak oleh segelintir netizen mengenai zuriat.

@ciknajihah Jangan lah jadi mulut puaka sangat 😭 #perjuangan2line #prengnant #sunscreen ♬ original sound – Cik Najihah

Menerusi satu tangkap layar yang dimuat naik pengguna TikTok, Zulin yang ketika itu sedang membuat ‘live’ di TikTok meluahkan rasa kecewanya selepas sering ditanya mengenai zuriat sedangkan dia baru sahaja keguguran sebulan yang lalu.

Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Kau rasa macam nak penampar tak orang itu? Aku baru lepas gugur, kau tanya aku bila aku nak ada baby, sabar la. Aku baru gugur bulan lepas.

Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense tau kalau tanya soalan.

Netizen sokong Zulin

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Zulin.

Kredit: TikTok ciknajihah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas