Connect with us

Oh! Media

‘Masalah Kami Belum Selesai’ – Ali Puteh Jawab Tuduhan Lepas Tangan

Trending

‘Masalah Kami Belum Selesai’ – Ali Puteh Jawab Tuduhan Lepas Tangan

Ibu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad, pada 1 Oktober lalu telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Netizen Yang Tentukan Keputusan” -Ali Puteh Akui Sudah Lali Dengan Kecaman

Ketika ditemubual wartawan Melodi, Ali Puteh meluahkan rasa syukur urusan pengebumian ibu berjalan lancar. Dia sebagai seorang anak, reda dengan pemergian itu.

ali puteh

Menjawab kepada pertanyaan wartawan mengenai anak arwah Abam, Ali berkata arwah ibunya tidak ada berjumpa langsung dengan cucunya itu. Menurutnya, sekatan perjalanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan lagi mereka untuk bertemu.

Kongsi Ali, sampai satu tahap iaitu sebulan sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya berkata;

Mak dah tak kisah. Mak dah tak heran. Mak tak dapat tengok pun tak apa lah. Kalau kata mak pergi nanti pun, mak tak dapat tengok pun mak reda. Untuk hilangkan rindu mak ni, mak anggap abang kau ni tak kahwin.

Abang kau tak ada tinggalkan zuriat. Kalau fikirkan ada zuriat, nanti terlampau risau dan rindu. Kita doa yang baik-baik je untuk anak dia dekat sana.

Katanya lagi, semasa pemergian ibunya baru-baru ini, dia hanya fikir untuk menyelesaikan urusan pengebumian dengan segera. Dia tidak berhubung dengan sesiapa memandangkan satu Malaysia sudah tahu mengenai khabar itu.

Memang tiadalah. Panggilan atau datang menziarah jenazah memang tak ada. Kalau tak datang tak apa, mungkin nanti selepas selesai nak pergi tengok kubur ke apa terpulang. Saya tak ada simpan dalam hati.

Ketika ditanya mengenai kemelut sehingga tidak dapat berjumpa anak saudara, Ali berkata sebagai bapa saudara dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dia hanya mampu berdoa dari jauh.

Orang cakap saya lepas tangan, orang cakap saya tak tengok, tak berikan nafkah apa semua. Sebenarnya satu Malaysia mungkin belum faham. Kita tengah urusan mahkamah.

Orang kata faraid dah selesai, orang kata hukum di mahkamah dah selesai. No.. belum selesai.

Ali turut menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia lepas tangan terhadap zuriat yang ditinggalkan arwah Abam. Jelasnya, urusan mahkamah di antaranya dan Nor Hidayah sebenarnya masih belum selesai. Dia berharap semuanya selesai dengan segera.

Dalam masa sama, wartawan turut mendapatkan respon Hidayah mengenai pemergian ibu mertua namun dia menolak untuk memberikan sebarang komen. Anaknya, Syed Uthman Hamzah kini sudah pandai mengenal huruf, nombor dan al-Quran. Malah, Syed Uthman turut mempunyai karakter 100 peratus seperti arwah Abam.

Video penuh:

Kredit: Melodi | Youtube TV3 Malaysia Official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top