
Oh! Artis
Akhirnya Isu Tarik Rambut Isteri Pertama Zainal Abidin Dan Fyna Jebat Temui Kata Putus
Oleh
Sebelum ini adik kepada penyanyi Ayda Jebat, Fyna Jebat telah mengesahkan tentang berita dirinya berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.
BACA : Akhirnya Ada Gambar Berdua! Fyna Jebat Dan Zainal Abidin Dilihat Makan Bersama
Isteri pertama tarik rambut Fyna Jebat di restoran
Kemudian tular tentang isu isteri pertama bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abiddin yang dikatakan telah menyerang isteri kedua, Fyna Jebat di sebuah restoran. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah pun membuat laporan pois tentang kejadian itu.
Terbaru! Menurut laporan Kosmo, pergaduhan antara isteri pertama dan kedua kepada Zainal Abidin menemui kata putus untuk berdamai dan isteri pertamanya telah menarik semula laporan polis mengenai kes itu.
Pihak polis juga telah mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) selepas menyemak semula kertas siasatan dan perkara ini dikatakan sendiri Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.
Mereka telah menarik semula laporan kerana isteri pertama telah berbuat demikian dua minggu lalu. Jika diikutkan tempoh hari, mereka akan diberi bon namun masing-masing ingin selesaikan isu secara baik.
Alhamdulillah, apapun semoga kedua-dua mereka sama-sama berbahagian bersama suami tercinta ya.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
