Connect with us

Oh! Media

“Ain Boleh Nyanyi Tapi..” – Netizen Pertahan Ain Edruce, Label Janna Nick Mulut Puaka

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 05 30t134521420

Oh! Artis

“Ain Boleh Nyanyi Tapi..” – Netizen Pertahan Ain Edruce, Label Janna Nick Mulut Puaka

Menampilkan pengacara Izzue Islam dan Ain Edruce, rancangan I Can See Your Voice Malaysia nampaknya sudah memasuki musim kelima.

BACA: (Video) Respon Selamba Issey Bila Shuk Usik Status Duda, Setepek Dia Bagi!

Untuk musim ini, Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick menjadi ‘Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang’ untuk membantu artis undangan mencari siapakah penyanyi sebenar.

IKLAN

Dalam episod terbaru, netizen melabel Janna Nick ‘mulut puaka’ apabila mengaitkan Ain Edruce yang berkelulusan ijazah sarjana komposisi muzik tetapi tidak boleh menyanyi.

Difahamkan, Janna Nick mengajukan soalan itu ketika mereka berbincang mengenai salah seorang peserta rancangan itu yang mempunyai latar belakang muzik.

@rosemellisaa dia dah kenapa?? lagu gatalnya tu dia ingat sedap agaknya #icsyvmy #jannanick #tv3 ♬ original sound – rosemellisaa

Kata seorang pengguna TikTok, dia berasa sakit hati melihat penyanyi lagu Gatal itu mengaitkan orang lain tanpa memikirkan perasaan individu itu.

Di ruangan komen, netizen mempertahankan Ain Edruce yang dikatakan sebenarnya boleh menyanyi. Tetapi disebabkan peti suaranya rosak, dia sudah tidak menyanyi lagi.

Whatsapp image 2022 05 30 at 12540 pm
Whatsapp image 2022 05 30 at 12602 pm
Whatsapp image 2022 05 30 at 12623 pm

Hasil carian di Youtube, memang benar Ain pernah mengeluarkan lagu berjudul Overthink yang dinyanyikan bersama Akwa Ariffin. Diterbitkan dua tahun yang lalu, lagu tersebut meraih lebih 800 ribu tontonan!

Tapi kata Ain lagu tu suka-suka je untuk projek Youtube tapi tak sangka ramai yang bagi reaksi positif.

Kredit: TikTok | Youtube Ain Edruce

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas