Connect with us

Oh! Media

Afdlin Shauki Anggap Insiden ‘Balas-Membalas’ Kenyataan Adalah Serangan Politik

Oh! Artis

Afdlin Shauki Anggap Insiden ‘Balas-Membalas’ Kenyataan Adalah Serangan Politik

Pelakon, pelawak dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki baru-baru ini meluahkan rasa tidak setuju apabila kelab komedi Crackhouse ditutup selepas insiden seorang wanita didakwa menghina agama Islam.

ADVERTISEMENT

Menurutnya, yang bersalah dalam hal ini adalah tertuduh bukannya kelab komedi yang selama ini menjadi platform kepada pelawak solo (stand up) menyerlahkan bakat.

Pandangan Afdlin bagaimanapun tidak disambut baik orang ramai termasuk pelawak, Shahrol Shiro. Shahrol mempertahankan tindakan pihak berkuasa menutup tempat itu sementara siasatan lanjut dijalankan.

BACA: “Kenapa Dikaitkan Pulak Penceramah Agama Buat Lawak” –  Shahrol Selar Pandangan Afdlin Shauki

Terbaru, Afdlin menyifatkan insiden balas-membalas yang diterimanya daripada Shahrol adalah serangan politik. Tambahnya, kebanyakan orang yang ‘menyerangnya’ adalah daripada pihak berkenaan. 

Sebagai seorang pelawak, Afdlin berkata pandangannya adalah berdasarkan seorang pekerja industri komedi yang memikirkan periuk nasi orang lain.

Yang ‘best’ sekarang ini, orang dah tak borak pun pasal wanita itu, tapi mereka kecoh pasal saya pula. Macam saya yang buka baju di kelab itu. Jadi, sebenarnya selepas dikaji, saya nampak ini adalah satu bukan saja percanggahan pendapat tapi adalah serangan politik.

Pelakon filem Papadom ini bagaimanapun setuju ‘content’ yang nak diketengahkan pelawak perlu dipantau. Pelawak tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif melibatkan agama. Oleh itu, beliau secara peribadi merasakan yang bersalah adalah pelawak itu sendiri bukannya platform persembahan. 

Tapi, saya punya logik satu saja ialah bukan tempat itu yang bersalah. Tempat itu dinding dan lantai saja yang mana setiap orang boleh buat benda tak senonoh. Jadi, bila orang bercakap tanpa logik, saya nampak betullah ini serangan politik 100 peratus.

Dalam pada itu, Afdlin tak menafikan isu-isu yang cuba diketengahkan Shahrol adalah ‘valid’. Tapi kehadiran tertuduh di kelab itu tidak diundang pun.

Kena faham, dalam komedi ini ada platform dipanggil ‘Open Mic’ dan tidak semua orang berani buat. Tapi, ia satu pentas kita membantu orang-orang iaitu pelawak baharu nak cuba ketengahkan bakat mereka. Macam pusat karaoke juga, ada orang ‘test power’ nak menyanyi.

Afdlin berkata, dia dah Shahrol saling mengenali di pentas komedi. Mereka adalah sahabat lama tapi kini yang membezakan mereka adalah fahaman politik masing-masing. 

Tegas Afdlin, dia hanya memikirkan mengenai periuk nasi orang lain terutama pelawak baharu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas