Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Dikaitkan Pulak Penceramah Agama Buat Lawak” –  Shahrol Selar Pandangan Afdlin Shauki

Oh! Artis

“Kenapa Dikaitkan Pulak Penceramah Agama Buat Lawak” –  Shahrol Selar Pandangan Afdlin Shauki

Pelawak Afdlin Shauki baru-baru ini mengundang kritikan ramai gara-gara meluahkan rasa tidak setuju mengenai kelab komedi yang ditutup berhubung kes wanita menghina agama Islam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Fitnahnya Terlalu Besar”- Mapim Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Wanita Tanggal Pakaian

Dalam kenyataan itu, Afdlin turut menggunakan teori kolam renang memberi contoh kepada insiden tersebut.

Anggota kumpulan Shiro iaitu Shahrol pula berpendapat sebaliknya. Baginya penutupan kelab komedi itu adalah wajar untuk membantu siasatan kes ini. Katanya lagi, analogi kolam renang adalah kurang tepat.

Shahrol atau nama lengkapnya Shahrol Azizie Azmi turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan serta merta daripada pihak penganjur dan pemilik premis menghentikan persembahan jika didapati ada unsur-unsur sensitif melibatkan agama sebegini.

Dalam hantaran terbaru, Shahrol mempersoalkan mengapa Afdlin Shauki mengaitkan penceramah agama yang membuat lawak sewaktu ceramah dengan isu kelab komedi ini.

Jelas pelawak yang turut bergiat aktif dalam bidang politik itu, penceramah menyelitkan ceramah dengan unsur lawak supaya pendengar tidak bosan dan mengantuk.

Ceramah yang santai dan mudah difahami begini juga mampu menarik golongan muda untuk dekat dengan Islam.

Tolong jangan tunding jari pada penceramah agama dan lain-lain. Tenang dahulu dan biar pihak berkuasa melakukan siasatan. Tapi kenapa abg beriya iya mempertahankan tempat tu yer.

Kata Shahrol lagi, dia akan terus bersuara untuk menentang sebarang kemungkaran yang berlaku.

Kredit: Instagram Shahrol

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas