Oh! Artis
Adik Lelaki Da’i Syed Akhirnya Bersuara
Adik Da’i Syed mohon maaf secara terbuka susulan kenyataan emosi mengenai abangnya.
Selepas menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen, Iqbal Jamalulleil akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka. Adik kepada pendakwah selebriti Da’i Syed itu akui kenyataannya sebelum ini dibuat dalam keadaan emosi sebagai ahli keluarga yang sedang diuji.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Iqbal menjelaskan yang dia tidak berniat menimbulkan kemarahan, malah kesal dengan kesan daripada perkongsian tersebut yang disifatkan ramai sebagai tidak sensitif.
Adik Da’i Syed akui buat kenyataan ketika emosi
Saya menulis dalam keadaan emosi sebagai seorang ahli keluarga yang sedang berdepan ujian besar.- Akuinya.
Dia turut menegaskan kenyataan itu bukan bertujuan mempertahankan perbuatan abangnya atau membenarkan sebarang kesalahan. Iqbal menjelaskan kenyataannya hanya bersifat peribadi dan tidak bermaksud menyebelahi sesiapa.
Saya ingin jelaskan dengan tegas bahawa saya tidak menyebelahi, tidak mempertahankan, dan tidak meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral.- Katanya.
Dia menambah bahawa kenyataan itu juga bukan untuk menafikan kesakitan yang dialami mana-mana pihak.
Rayu netizen hentikan kecaman

Saya mengambil tanggungjawab penuh bahawa perkongsian itu tidak wajar dibuat di ruang awam, dan saya benar-benar menyesal atasnya. Saya juga merayu agar hentikan serangan, ugutan, dan penyebaran terhadap diri saya, orang terdekat, rakan-rakan, dan keluarga kami.- Ujarnya.
Iqbal juga memaklumkan akan berdiam diri buat masa ini dan menyerahkan segalanya kepada pihak yang sepatutnya. Sebelum ini, Iqbal ada berkongsi mengenai perubahan positif abangnya sejak Ogos 2024, termasuk menjaga solat awal waktu dan memperbanyakkan sedekah.

Namun, ramai yang menganggap perkongsian itu tidak kena pada masa memandangkan kes berkenaan masih segar dalam ingatan mangsa dan keluarga.
BACA: Jurusolek Dedah Da’i Syed Ajak Ke Pulau Ketika Isteri Hamil Anak Kedua
Sebagai info, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengekalkan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, dan dia kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.
Pssttt! Ohmedia rasa elok kalau kita semua lebih berhati-hati bila nak kongsi apa-apa di media sosial, terutama bab yang libatkan sensitiviti ramai. Kadang-kadang niat kita baik, tapi cara dan timing tu boleh buat orang salah faham.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM