Trending
”Tegurlah Saya, Marahlah Saya..” – Janna Nick Mohon Maaf Secara Terbuka
Janna Nick sekali lagi tampil memohon maaf secara terbuka di Instagram dan berazam jaga tutur kata susulan kontroversi bersama Puteri Balqis.
Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick sekali lagi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram miliknya sambil menyatakan azam untuk lebih berhati-hati dalam menjaga tutur kata pada masa akan datang.
Menerusi perkongsian itu, Janna menegaskan dirinya terbuka menerima teguran jika ada kesilapan atau kekhilafan yang tidak disengajakan.
“Tegurlah saya” – Janna Nick
Menurut Janna, setiap teguran dianggap sebagai satu peringatan yang wajar dihargai, bukan untuk dipertikaikan.
Saya mohon ampun dan maaf daripada semua, dan saya juga memaafkan anda semua. InsyaAllah, saya juga berazam untuk tidak lagi berkata-kata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa.
Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa / terleka. Tegurlah saya, marahlah saya… saya bersyukur atas segala teguran.
Dalam masa sama, Janna turut menitipkan doa agar setiap ujian yang dilalui menjadi peluang untuk seseorang itu menjadi insan yang lebih kuat dan matang.
Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan lebih baik di masa akan datang.
Susulan isu panas dengan Puteri Balqis

Sebelum ini, Janna pernah memohon maaf atas perkongsiannya di aplikasi Threads dan mengakui kekhilafannya berkaitan kenyataan tentang belajar melepaskan sesuatu serta menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Permohonan maaf itu dibuat susulan perbalahan yang tercetus antara Janna Nick dan aktres Puteri Balqis di media sosial, yang sebelum ini mencuri perhatian ramai warganet.
Pssttt! Setiap manusia tak lari daripada silap. Yang lebih penting, berani mengaku salah, terbuka menerima teguran dan belajar menjadi lebih baik dari semalam.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM