Trending
Chegubard Dakwa Ada Penyelewengan Libatkan Pimpinan Kementerian Dan Pusat Zakat
Chegubard dakwa bakal dedah penyelewengan libat pimpinan kementerian dan pusat zakat, janji serah maklumat kepada SPRM.
Pada
Chegubard dakwa bakal dedah penyelewengan libat pimpinan kementerian dan pusat zakat, janji serah maklumat kepada SPRM.
Oleh
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dakwa bakal mendedahkan penyelewengan yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi sebuah kementerian serta pusat zakat di sebuah negeri.
Menurut laporan Sinar Harian, beliau kini memiliki beberapa data dan maklumat penting yang perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Saya akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 3 petang, Rabu bagi memberikan keterangan lanjut kepada pihak berkuasa.

Chegubard menegaskan beliau tidak akan berdiam diri dan akan membuat pendedahan secara berperingkat berkaitan dakwaan pemilikan harta membabitkan pihak terlibat.
Saya akan dedahkan satu demi satu dengan milikan harta pimpinan kementerian dan pusat zakat berkenaan.

Sebelum itu, Chegubard hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, bagi pendengaran semakan jenayah membabitkan permohonan Pendakwa Raya untuk menyemak semula keputusan Hakim Mahkamah Sesyen.
Difahamkan, Mahkamah Sesyen sebelum ini membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan salinan rakaman percakapan polis milik wartawan Bloomberg, Ram Anand, berhubung siasatan kes kasino di Forest City.
Dalam perkembangan lain, Chegubard turut mendakwa dirinya berdepan pelbagai bentuk intimidasi susulan pendedahan terdahulu berkaitan dakwaan rasuah melibatkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Saya bukan penguat kuasa, tetapi pendedahan ini dibuat untuk memastikan tindakan diambil.
Jika tiada tekanan awam, saya bimbang isu rasuah dan salah guna kuasa ini akan terus terkubur.
Pssttt! Pendedahan tanpa siasatan hanya jadi dakwaan. Biarlah kebenaran ditentukan melalui bukti dan proses undang-undang, bukan tekanan emosi semata-mata.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
MB Negeri Sembilan, Ismail Lasim, sahkan tarik balik surat berkaitan pelucutan takhta Tuanku Muhriz dan nyatakan...
Najib berada lapan jam di luar kediaman untuk rawatan di HKL, solat Jumaat dan kaunseling di...
Juara dunia Muay Thai, Aliff Rakib, kongsi rasa syukur kerana mampu belikan rumah ibu bapa dan...
Anak perempuan MB Kedah, Sanusi, dirawat di ICU selepas kemalangan motosikal di Alor Setar. Dia patah...
Pemain bola sepak negara, Intan Sarah, tular selepas hantaran sinis tentang penyokong Najib raih 12,000 tanda...