Connect with us

Oh! Media

“Okay Mandul” – Isu Dengan Puteri Balqis, Individu Dikecam Gara-Gara Serang Soal Zuriat Janna Nick

Ohmedia janna Ttc

Oh! Artis

“Okay Mandul” – Isu Dengan Puteri Balqis, Individu Dikecam Gara-Gara Serang Soal Zuriat Janna Nick

Individu dikecam selepas tinggalkan komen hina soal zuriat Janna Nick dalam isu bersama Puteri Balqis.

Di saat kemelut antara Janna Nick dan Puteri Balqis terus hangat diperkatakan, timbul pula satu insiden yang mengundang kemarahan netizen apabila seorang individu meninggalkan komen melampau dengan menyentuh soal zuriat Janna secara terbuka.

BACA: “Awak Baru Kena Sikit Dah Melalak, Junjung Quran” – Ibu Puteri Balqis ‘Sound’ Janna Nick

Segalanya bermula apabila Janna memuat naik satu nasihat menerusi akaun Thread miliknya tentang pentingnya untuk tidak menyimpan dendam kerana ia tidak baik untuk kesihatan mental.

IKLAN

Dalam kapsyen tersebut, Janna turut mengajak agar semua orang belajar melepaskan dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

“Harap you tak dendam dengan I lurve”

Janna Nick

Namun, apa yang mencetuskan kontroversi adalah apabila seorang pengguna membalas nasihat tersebut dengan komen berbunyi:

Okay mandul. Harap u tak dendam ngan i lurve.

Komen itu disifatkan ramai sebagai biadab dan tidak berperikemanusiaan kerana menjadikan isu sensitif seperti kesuburan sebagai bahan ejekan.

Netizen naik angin, pertahan Janna Nick

Janna Nick

Perkara tersebut turut mendapat reaksi daripada pengguna media sosial lain yang tampil mempertahankan Janna.

Seorang pengguna Thread meluahkan rasa marah dengan menyelar tindakan individu berkenaan dan menyifatkannya sebagai pembuli yang kurang ajar.

Mulut kau perempuan, memang bebetul kurang ajar. Muka buruk, perangai buruk. Pembuli.

Ramai menyuarakan pendapat bahawa tak kira sejauh mana perbalahan atau ketidaksefahaman berlaku, menyentuh soal zuriat adalah sesuatu yang sangat sensitif dan tidak seharusnya dijadikan senjata dalam konflik.

Pssttt! Bergaduh atau berbeza pandangan itu lumrah, tapi menjadikan kesuburan sebagai bahan ejekan adalah sangat tidak wajar. Tak kira siapa yang kita sokong, hormat terhadap isu peribadi seperti ini perlu dijaga. Jangan sampai kemarahan membutakan adab dan empati sesama manusia.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas