Oh! Artis
Pelajar Intern Dakwa Rosyam Nor Bertindak Agresif Hingga Alami Anxiety?
Tular dakwaan Rosyam Nor bertindak agresif hingga pelajar intern alami anxiety.
Tular satu dakwaan yang mengatakan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkelakuan tidak senonoh.
Menerusi satu perkongsian di Tiktok, seorang individu mendedahkan benda yang sepatutnya boleh diselesaikan secara berbincang, bertukar jadi kecoh apabila beliau dikatakan bertindak agresif, siap ‘berlagak abang taiko’ dan ugut nak saman orang.
Apa yang lebih mengejutkan, tindakan tersebut dikatakan memberi tekanan melampau kepada seorang pelajar intern yang terlibat.
Pelajar intern didakwa tertekan hingga anxiety

Difahamkan, budak ‘intern’ itu mengalami anxiety selepas dimarahi dan ditengking, walaupun kesilapan yang berlaku dikatakan masih boleh dibincangkan secara baik.
Cerita dia bukan sengaja nk guna, aku dah banyak kali explain tersilap letak je gambar dia… Tapi dia duk tekan-tekan nk saman bagai..
Ramai berpandangan, status sebagai artis atau orang dikenali seperti Datuk Rosyam Nor tidak sepatutnya menekan orang awam, apatah lagi mereka yang masih belajar dan baru nak cari pengalaman kerja. Tegur itu biasa, tapi cara dan nada memainkan peranan besar.
Ramai tak puas hati dengan kelakuan Rosyam Nor jika ia benar

Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila pelajar intern berkenaan kini dilaporkan tidak dapat dihubungi dan ‘hilang dari radar’. Perkara ini menimbulkan kebimbangan ramai pihak yang risaukan keselamatan dan keadaan mental individu tersebut.
Jika benar berlaku sesuatu yang tidak diingini, ramai berharap pihak terlibat tampil bertanggungjawab dan tidak lepas tangan. Isu ini sekali lagi membuka mata orang ramai bahawa pangkat dan populariti bukan lesen untuk melayan orang lain sesuka hati.
Pssttt! Teguran perlu disertai empati. Tak kira siapa kita, kata-kata dan tindakan boleh memberi kesan besar pada kesihatan mental orang lain. Berbincanglah dengan berhemah, bukan dengan tekanan.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM