Connect with us

Oh! Media

Adam Shahz Baru Tahu Tentang Video Diperli Suami Fatin Afeefa, Ini Respon Tuan Badan

adam shahz

Oh! Artis

Adam Shahz Baru Tahu Tentang Video Diperli Suami Fatin Afeefa, Ini Respon Tuan Badan

Opai atau Aliff Awang, suami kepada pelakon, Fatin Afeefa sebelum ini berkongsi satu video yang dilihat cuba memerli bekas suami isterinya iaitu, Adam Shahz.

ADVERTISEMENT

Ia berlaku ketika mereka bertiga hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pertama berhubung hak penjagaan anak Fatin dan Adam, Ivy Herra Sophia.

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.” – Kata Opai.

BACA: “Gunakan Akal…” – Suami Baru Perli Bekas Suami Fatin Afeefa?

adam shahz

Tampil memberi respon, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli bin Abdol Ghani berkata dia tidak mengetahui tentang video tersebut sehingga ditunjukkan oleh seseorang.

Adam Shahz dah lali dengan apa yang berlaku…

Saya sebenarnya tak tahu pasal video tu sampai orang yang hantar pada saya. Itu pun lepas saya balik dari mahkamah.

Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mendiamkan diri.

Saya pun tak tahu nak komen apa sebab saya rasa lebih baik saya berdiam diri saja.

Selama 5 tahun berpisah dengan Fatin pun banyak perkara dah berlaku sampai saya dah lali. Jadi apa lah sangat yang suami dia buat pada saya ni.

Bagus reaksi Adam Shahz sebab sikit pun tak tergugat dengan apa yang cuba dilakukan. Mungkin ini baru Alpha sebenar! Apapun, Opai juga sudah menarik semula video yang dikongsikannya dan tidak lagi berkata apa-apa berkaitan isu ini.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas