Oh! Artis
“Saya Berlakon Dari Umur 8 Tahun” – Fatin Afeefa Bidas Pelakon BBNU Dakwa Dibuli Di Set
Pelakon jelita, Fatin Afeefa membidas dakwaan seorang pelakon baru kononnya wujud perbuatan buli oleh pelakon senior di set penggambaran.
Fatin Afeefa berkata, dia berasa ‘segan’ mendengar luahan pelakon terbabit dan berpendapat apa yang dilaluinya bukanlah buli.

Menurut Fatin lagi, seorang pelakon tidak sepatutnya hanya menghafal skrip yang diberikan. Seorang pelakon yang baik sepatutnya ‘mengkaji’ karya dan memahaminya sebelum memulakan penggambaran.
Belajar terima teguran. Itu yang orang complain, berlakon kayu, keras. Sebab skrip sekadar baca. Producer tak bayar you untuk bazirkan masa semua orang. Belajar, belajar,belajar. Duit nak, fame nak, belajar tak nak.
Berdasarkan pengalaman berlakon sejak usia 8 tahun, pelakon filem Tentang Bulan ini berkata dia sudah berhadapan dengan pelbagai jenis orang.
Terdahulu, pelbagai respon yang diterima daripada pelakon senior mengenai dakwaan buli ini. Antara yang memberi pandangan adalah pengarah dan penerbit popular, Ahmad Idham.


Ahmad Idham menafikan wujudnya elemen buli oleh pelakon senior, sebaliknya pelakon baru yang tidak memahami maksud menjadi pelakon sebenar.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fatin Afeefa
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM