Connect with us

Oh! Media

opai

Trending

“Saya Multimillionaire, Ada 3 Supercar” – Opai Yakin Tiada Wanita Lebih Kaya Darinya

Suami kepada selebriti Fatin Afeefa iaitu Opai sekali lagi menarik perhatian apabila muncul dalam satu temubual ringkas.

Video yang dimuat naik di TikTok @averagemalaysians menyaksikan Opai ditanya sama ada ingin ‘dating’ dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih tinggi darinya.

IKLAN

Yakin tiada wanita lebih kaya darinya

Menurut Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang, dia tidak keberatan untuk bercinta dengan wanita yang berpendapatan lebih tinggi darinya, namun dia yakin tiada wanita seperti itu.

Saya tak mungkin dapat jumpa wanita yang mempunyai pendapatan tujuh angka setahun. Tapi kalau saya bergaji RM2,000 atau RM3,000 sebulan, mungkinlah saya dapat mana-mana wanita kerana saya tiada masalah berkenalan dengan mereka.

Bukan itu sahaja, Opai juga menambah bahawa dia kini merupakan seorang multimillionaire dan memiliki tiga buah supercar di rumah.

Netizen kecam Opai terlalu angkuh

Keyakinannya terhadap status kewangannya membuatkan dia berkata, “Saya rasa wanita seperti itu tidak wujud.”

opai

Kenyataan Opai itu terus mendapat perhatian di media sosial. Orang ramai menganggap kenyataan tersebut terlalu angkuh.

#OhmediaNasihat

Daripada kenyataan Opai, kita boleh belajar bahawa keyakinan terhadap diri sendiri itu penting, namun perlu diimbangi dengan sikap rendah diri. Lagi pun, kebahagian sebenar tidaklah diukur dengan wang ringgit semata-mata. Betul tak?

opai

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @averagemalaysians


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas