Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Sedia Terima Aslam Sebagai Menantu Kalau Itu Terbaik Buat Marissa

abby abadi

Oh! Artis

Abby Abadi Sedia Terima Aslam Sebagai Menantu Kalau Itu Terbaik Buat Marissa

Ibu bapa mana yang mahu melihat anak yang dibesarkan dengan penuh didikan dan kasih sayang dari kecil akhirnya memilih untuk berkahwin di Thailand. Itulah apa yang diluahkan Abby Abadi berkenaan isu anaknya, Marissa Dania.

ADVERTISEMENT

Dalam satu temu bual, Abby berkata dia cuba berlembut dan membuka hati untuk menerima Ahmad Aslam sebagai menantu jika itu yang dimahukan Marissa.

BACA: Abby Abadi Akhirnya Sahkan Marissa Selamat Bernikah Di Thailand Selepas Lihat Rakaman CCTV

Kalau saya tahu semestinya saya tidak setuju kerana tidak nampak apa indahnya hidup bermadu. Saya juga melihat Aslam tiada sebab untuk berkahwin dua. Jika tahu dari awal perkara ini tidak akan berlaku.

Buat masa sekarang, banyak perkara belum selesai. Say atidak boleh beri jawapan terima Aslam atau sebaliknya. Kalau Marissa rasa itu terbaik buatnya, saya terima.

Abby Abadi memilih untuk tidak bercakap soal ini bila berjumpa Marissa depan-depan…

Abby dalam pada itu mengakui masih belum bercakap secara serius bersama anaknya itu walaupun sudah berjumpa. Ini kerana dia tidak mahu memaksa Marissa untuk membuka topik perbualan yang pastinya amat sensitif.

Kalau boleh kami berjumpa untuk perbaiki hubunga. Saya cuba berlembut untuk baiki keadaan.

Sekarang pun hanya berhubung dengan Marissa melalui WhatsApp. Dia minta beri masa untuk selesaikan semua. Banyak perkara yang masih belum terjawab. Marissa pun sejak dulu memang seorang yang pendiam.

Kita doakan agar kak Abby diberikan kekuatan sebagai seorang ibu menghadapi ujian ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas