Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Akhirnya Sahkan Marissa Selamat Bernikah Di Thailand Selepas Lihat Rakaman CCTV

Abbyabadi marissa aslam ohmedia

Oh! Artis

Abby Abadi Akhirnya Sahkan Marissa Selamat Bernikah Di Thailand Selepas Lihat Rakaman CCTV

Marissa dan Aslam sah bernikah di Thailand. Perkara ini akhirnya disahkan oleh Abby Abadi sendiri yang menceritakan kronologi bagaimana semua ini boleh berlaku dalam satu temu bual.

Kata Abby, rakaman CCTV menjadi petunjuk anaknya itu hilang dan apabila berjaya dikesan, Marissa dan Aslam sudah pun berada di Thailand.

Melalui CCTV. Saya pelik kawan anak saya (Marissa) keluar dari rumah tanpa pengetahuan saya pada hari kejadian. Hari Marissa dan Aslam menikah. 

Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand. 

Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup. Saya mengharapkan benda tidak berlaku, tapi berlaku. Saya cuba menidakkan ia tak sah tapi siapalah saya kalau sudah Allah kata itu yang terbaik untuk mereka.

Dalam pada itu, Abby turut mengakui sijil nikah mereka di Thailand ada padanya. Bagaimanapun, Abby mahu anaknya itu daftar dan sahkan pernikahan di Malaysia kerana menetap di sini.

IKLAN

Kalau anak saya memilih untuk dia hidup bermadu, teruskanlah.

Nampaknya, Abby pun tidak mahu lagi memanjangkan isu ini kerana semuanya sudah berlaku atas izin Allah. Sebagai seorang ibu, sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anak dan jika ini berlaku, sudah pasti kita hanya inginkan anak itu ada dekat dengan kita.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas