Connect with us

Oh! Media

Susah Nak Goreng Telur Mata? Jom Ikuti 3 Langkah Mudah Ini!

20230517 134606 0000

Oh! Makan

Susah Nak Goreng Telur Mata? Jom Ikuti 3 Langkah Mudah Ini!

Kadang-kadang mesti rasa susah nak buat goreng telur mata yang lembut di dalam tapi garing di luar bukan? Kena pula kalau dapat makan dengan nasi lemak, Ya Allah sedapnya!

BACA: Tak Payah Pergi Jauh, Ini Resepi Mudah Shawarma ‘Homemade’ Ala Bukit Bintang!

Ha, jangan risau Oh! Media kali ini akan kongsi 3 tips mudah untuk mengoreng telur mata yang ‘bergoyang’ di dalam. Jom, kita check!

IKLAN

Cara mudah menggoreng telur mata

1. Pakai kuali lengkuk

Image 136

Guna kuali kecil yang mempunyai sedikit lengkuk di dalam. Ini akan membuatkan telur putih akan membaluti telur kuning dan menyebabkan ia tidak pecah dan merebak mengikut saiz kuali.

2. Minyak lebih

Image 137

Pastikan minyak lebih agar telur dapat tenggelam rata. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan ia masak di sekeliling telur. Apabila telur telah garing di tepi, baru boleh diangkat. Jangan biar lama, nanti garing pula di dalam.

3. Guna telur saiz D dan E

Image 134

Tips paling mudah, gunalah telur saiz D atau E untuk dapat hasil yang sempurna. Pastikan bahagian kuning menjadi cair atau separa cair baru sedap dan menyelerakan!

Mudah je kan? Selamat mencuba!

Kredit: Vanilla Kismis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas