Connect with us

Oh! Media

Tak Payah Pergi Jauh, Ini Resepi Mudah Shawarma ‘Homemade’ Ala Bukit Bintang!

Oh! Makan

Tak Payah Pergi Jauh, Ini Resepi Mudah Shawarma ‘Homemade’ Ala Bukit Bintang!

Sebut sahaja Shawarma, mesti ramai teringat akan kesedapan makanan Timur Tengah yang banyak terjual di Bukit Bintang. Hm, nak pergi terasa malas apatah lagi nak beratur panjang bukan?

ADVERTISEMENT

BACA: JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Kek Coklat Kukus Sedap, Confirm Tetamu Berebut!

Jadi, jangan risau Oh! Media kali ini akan kongsi satu resepi istimewa untuk membuat hidangan Shawarma ini dari A -Z. Jom, kita try!

Resepi Shawarma

shawarma

Bahan-bahan:

  1. Roti
  2. Ayam
  3. 1 ulas bawang putih
  4. 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  5. Lemon
  6. Garam
  7. Lada hitam
  8. Salad
  9. Tomato
  10. Yogurt

Bahan perapan ayam:

  1. 1 kg thigh ayam (dibuang tulang)
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 1 sudu besar serbuk ketumbar
  4. 1 sudu besar serbuk buah pelaga
  5. 1 sudu kecil serbuk cili
  6. 1 sudu kecil paprika
  7. 2 sudu kecil garam
  8. Lada hitam
  9. 2 sudu besar jus lemon
  10. 3 sudu besar minyak zaitun

Cara perap ayam:

  1. Tumbuk bawang putih, lada hitam dan garam.
  2. Gaulkan pada ayam dengan semua bahan yang lain.
  3. Perap semalaman di dalam peti sejuk.

Cara penyediaan Shawarma:

  1. Campurkan 1 cawan yogurt dengan 1 ulas bawang putih cincang, 1 sudu teh serbuk jintan putih, sedikit jus lemon, garam dan lada hitam. Biarkan dahulu supaya rasanya bercampur.
  2. Hiriskan salad dan tomato.
  3. Keluarkan ayam yang telah diperap dari peti sejuk.
  4. Panaskan pan memasak hingga berasap. Letak sedikit sahaja minyak supaya ayam garing di luar dan berjus di dalam.
  5. Panaskan bahagian kulit di bawah. Apabila garing, terbalikkan ayam.
  6. Apabila ayam sudah masak, keluarkan dan rehatkan 10 minit di bawah aluminum foil.
  7. Hiris ayam nipis-nipis.
  8. Sapu sos yogurt yang telah dibuat tadi pada roti. Letakkan salad, ayam dan tomato.
  9. Gulungkan ia dengan kemas dan siap untuk dimakan.

Mudah kan? Selamat mencuba!

Kredit: Bidadari.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas