Oh! Makan
#JUADAH Mudah Rupanya Nak Buat Taufu Fa, Ini Bahan Dan Cara-Caranya..
Selepas menikmati hidangan berat ketika berbuka puasa, pasti korang akan cari manisan dan antara menu pencuci mulut yang paling ‘meletop’ bulan Ramadan adalah Taufu Fa.
Tapi kalau beli, selalunya takkan sama dengan citarasa yang korang tak sebab ada yang kurang ataupun terlalu manis. Jadi jalan penyelesaiannya, buat je sendiri sebab tak sesuah pun. Meh sini kami nak share..

Bahan yang diperlukan

- 2 kotak/liter air soya
- Agar-agar panjang
- Daun pandan
- Gula merah
Ikut cara-cara memasak ini

- Larutkan agar-agar panjang dan letakkan daun pandan.
- Tunggu sehingga agar-agar itu larut.
- Masukkan 2 kotak air soya tadi dan panaskannya sekejap.
- Tapis dan masukkannya ke dalam bekas lain.
- Biarkan beberapa minit sebelum masukkan ke dalam peti ais.

Sambil tu, didihkan air gula merah (sukat ikut citarasa). Kemudian, keluarkan soya dari peti ais dan campurkannya bersama air gula merah.

Senang rupanya nak buat taufu fa ni kan? Kalau korang suka manis, boleh buat macam mana manis yang korang nak tu sendiri je. Tapi jangan terlampau manis pula, nanti kencing manis kan susah. Kah! Bergurau..
Apa lagi yang korang nak kami kongsikan dalam segmen #RESIPI akan datang? Jangan lupa komen di bawah ya.
Kredit: Azrina Razali
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM