Connect with us

Oh! Media

Nak Makan Crepe Tapi Malas Beli? Ini Adalah Resepi Mudah Untuk Diikuti

20230210 142410 0000

Oh! Makan

Nak Makan Crepe Tapi Malas Beli? Ini Adalah Resepi Mudah Untuk Diikuti

Bayangkan tengah santai-santai, tiba-tiba tekak rasa macam nak makan crepe. Nak beli pun, harga di luar sana agak mahal, bukan?

Jadi untuk menjimatkan duit poket semua, hari ini Oh! Media akan kongsikan cara mudah untuk buat pemanis mulut, crepe resepi asal daripada pengguna Tiktok Umie Yumira.

Resepi mudah

Image 57

Pemanis mulut ini boleh divariasikan, jadi bergantung kepada si pemakan sama ada membuat perisa coklat atau buah-buahan. Pada kali ini, kami akan beri resepi untuk buat crepe durian.

IKLAN

A) Bahan-bahan bagi kulit crepe:

  1. Telur
  2. Gula kastor
  3. Susu segar
  4. Air
  5. Minyak masak
  6. Esen vanilla
  7. Pewarna makanan
  8. Tepung gandum
  9. Tepung ubi kayu
  10. Tepung kastard
  11. Tepung jagung

B) Bahan-bahan untuk inti krim:

  1. Non-dairy whipping cream
  2. Isi durian

C) Cara-cara membuat:

  1. Pecahkan satu biji telur.
  2. Masukkan satu sudu besar gula kastor.
  3. Campurkan 40 ml susu segar, 150 ml air, satu sudu kecil minyak masak dan esen vanilla.
  4. Masukkan sedikit bahan pewarna (boleh divariasikan).
  5. Kacau dan ketepikan.
  6. Ayak empat sudu besar tepung gandum, dua sudu besar tepung ubi kayu, satu sudu besar tepung kastard dan satu sudu besar tepung jagung.
  7. Masukkan bahan ayak ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati.
  8. Tapiskan bahan campuran dan masak atas non stick pan. Pastikan lapisan crepe tidak terlalu tebal.
  9. Pukul dua cawan non dairy whipping cream sehingga kental.
  10. Letakkan inti krim dan isi durian di atas kulit crepe yang telah dimasak.
  11. Lipat crepe tersebut di atas inti dan siap untuk dihidangkan.

Haa, macam mana senang je kan? Jadi selamat mencuba di rumah.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas