Connect with us

Oh! Media

Nak Kuali Tak Melekat Macam Dekat Kedai Makan? Ini Cara Mudah Untuk ‘Season The Wok’

20230313 114127 0000

Oh! Makan

Nak Kuali Tak Melekat Macam Dekat Kedai Makan? Ini Cara Mudah Untuk ‘Season The Wok’

Selalu kita nampak di kedai makan atau restoran, mereka akan menggunakan jenis kuali yang membuat makanan tak melekat padanya. Betul tak?

BACA: Suka Makan Ulam? Ini Adalah 5 Jenis Ulam Popular Bersama Khasiatnya

Sebenarnya terdapat teknik yang digunakan iaitu season the wok. Teknik ini digunakan bagi membuatkan makanan yang dimasak tidak melekat dan menggurangkan jelaga hitam pada kuali. Jom, kita belajar cara mudah untuk buat teknik ini!

IKLAN

Cara-cara season the wok

A. Cuci kuali

Image 102

Kuali yang baru beli perlu dibasuh bagi menghilangkan kesan minyak oleh kilang pengeluar. Cuci menggunakan sabun dan span besi dan biarkan sahaja kesan calar yang terhasil.

B. Bakar kuali dengan api besar

Image 103

Setelah dibasuh bakar kuali tersebut di atas api yang besar dan biarkan ia bertukar menjadi kebiruan pada seluruh permukaan kuali. Jangan sampai jadi warna merah kerana ia merupakan petanda besi terlalu panas dan akan berkarat di kemudian hari.

C. Uji kuali

Image 104

Gunakan tisu dapur dan ratakan minyak masak ke seluruh permukaan kuali. Kemudian, goreng bahan seperti bawang, daun bawang, halia atau serai sehingga garing atau hangus. Setelah garing, buang bahan tersebut dan gunakan tisu dapur untuk lap permukaan kuali tersbut.

Biarkan selama tiga hingga lima minit dan bilas kuali tersebut menggunakan span tanpa sabun. Lap kuali yang telah dibilas hingga kering. Titiskan minyak ke atas kuali dan sapu rata ke seluruh permukaan sebelum disimpan.

D. Proses pre-season

Image 105

Langkah seterusnya dipanggil pre-season. Langkah ini digunakan dengan memanaskan dahulu kuali dan meratakan sedikit minyak di seluruh permukaannya.

Gunakan tisu untuk menggosok kuali dengan api yang menyala dan biarkan kuali mula berasap. Tutup api, dan proses pre-season kuali korang akan lengkap.

Lakukan dua atau tiga kali proses ini hingga kuali tersebut menjadi hitam seakan-akan kuali di restoran.

Bila dah dapat sama, barulah makanan dah tak melekat pada kuali. Jadi, selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Sembang Jerr - Cristiano Ronaldo Sah Bergelar Suami

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas