Connect with us

Oh! Media

Suka Makan Ulam? Ini Adalah 5 Jenis Ulam Popular Bersama Khasiatnya

Oh! Makan

Suka Makan Ulam? Ini Adalah 5 Jenis Ulam Popular Bersama Khasiatnya

Siapa di sini suka makan ulam? Ha, kalau dapat ulam makan sekali dengan sambal belacan atau cencaluk memang ada kick betul!

ADVERTISEMENT

BACA: Kacang Pool Bukan Asal Johor? Ini Adalah Resepi Mudah Untuk Memasaknya

Tapi, tahu tak sebenarnya ulam mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri? Ha, jom hari ini kita akan belajar sedikit mengenai khasiat ulam hasil nukilan Aizam Omar.

Khasiat ulam

ulam

Kacang botol

Untuk pengetahuan semua, kacang botol merupakan sayur terbaik buat individu yang ingin berdiet. Kacang botol dapat mengurangkan migrain dan mengatasi masalah sukar tidur. Ia juga membantu mengawal paras gula dalam darah.

ulam

Pegaga

Siapa sini nak kekal awet muda? Ha, pegaga adalah jawapannya! Sayur ini merupakan makanan otak yang sesuai untuk meningkatkan kecerdasan. Tambahan, ia juga berkesan dalam merawat tekanan darah tinggi.

ulam

Daun kaduk

Bentuk yang seakan-akan daun sireh dan berasa sedikit pahit, daun kaduk juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Ulam ini dipercayai mempunyai manfaat untuk menurunkan kadar kolesterol, mengatasi masalah sembelit, sakit tulang belakang dan sakit gigi.

ulam

Ulam Raja

Ulam raja sangat bermanfaat dalam melancarkan peredaran darah selain mampu menguatkan tulang serta menyingkirkan toksik dalam badan. Ia juga dapat menyegarkan tubuh dan mengatasi bau mulut serta masalah osteoporosis.

ulam

Kalau tiada bunga telang, maka tak jadilah hidangan nasi kerabu, betul tak? Bunga telang ini boleh dimakan mentah sebagai ulam dan boleh menyembuhkan gigitan serangga dan masalah gatal kulit. Ia juga dipercayai mampu menjadi tonik otak dan menguatkan ingatan memori.

Ha, banyak juga tau sebenarnya khasiat ulam ini. Tapi, jangan makan berlebihan pula gara-gara nak sihat. Makan secara seimbang dan minum air yang secukupnya, okay?

Kredit: Berita Mediacorp

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas