Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Menu Luar Biasa Tapi Sedap, Ini Resepi Mudah Ayam Pasu Kegemaran Ramai

20230414 140520 0000

Oh! Makan

#JUADAH Menu Luar Biasa Tapi Sedap, Ini Resepi Mudah Ayam Pasu Kegemaran Ramai

Tahukah korang bahawa ayam bakar pasu merupakan salah satu menu hidangan yang hampir hilang ditelan zaman?

BACA: #JUADAH Ini Cara Mudah Buat Rendang Tok Paling Sedap

Ayam bakar ini sepatutnya dibakar di dalam tempayan, namun disebabkan faktor kemodenan zaman ia telah bertukar ke dalam pasu. Jadi, jom kita check macam mana nak buat hidangan ini!

IKLAN

Resepi ayam bakar pasu

Ayam bakar pasu terlangkup4

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 2 kg ayam segar dibasuh
  2. 1 biji bawang holland
  3. 5 biji bawang putih
  4. Sedikit halia
  5. 2 sudu besar serbuk cili
  6. 1 sudu kecil serbuk kunyit
  7. 2 batang serai besar
  8. 1 sudu besar serbuk jintan manis
  9. 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  10. 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  11. Garam secukup rasa
  12. 4 sudu besar gula

Cara-cara memasak:

  1. Kisar semua bahan di atas sehingga lumat dan jangan letak terlalu banyak air.
  2. Masukkan 3 cubit garam ke dalam kisaran tersebut supaya rasa ayam tidak hilang. 
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut selama 12-36 jam di dalam peti ais sejuk.
  5. Masukkan ayam ke dalam plastik aluminium foil.
  6. Panggang ayam di dalam pasu yang berada di atas bara arang sehingga masak.
  7. Panggang dan tunggu ayam tersebut hingga masak dan boleh keluarkan untuk dihidang.

Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: B.cari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Road To Sukan Asia 2026

19 September sehingga 4 Oktober 2026

Hari 00
:
Jam 00
:
Minit 00
:
Saat 00

Popular Bulan Ini

Oh! Sembang Jerr - Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas