Connect with us

Oh! Media

“KFC Tidak Pernah Masuk Senarai Boikot” – Pengerusi BDS Malaysia

Kfc bds boikot ohmedia

Oh! Makan

“KFC Tidak Pernah Masuk Senarai Boikot” – Pengerusi BDS Malaysia

“KFC tidak pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia”, itulah apa yang dinyatakan Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail dalam satu kenyataan di Facebook rasmi mereka.

Kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) juga menyatakan pihaknya tidak pernah melakukan apa-apa kempen untuk mengajak rakyat Malaysia memboikot KFC.

Kami TIDAK pernah kempen rakyat Malaysia utk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.

BDS lihat KFC tidak pernah lakukan tindakan sama seperti McD…

McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.

Seluruh dunia marah kpd McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.

Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.

Harga KFC yang mahal jadi punca rakyat Malaysia marah…

Dalam pada itu, pengerusi BDS melihat KFC diboikot ketika ini bukanlah kerana isu Palestin tetapi kerana harganya yang mahal.

IKLAN

Saya dapati ada pelanggan yang merungut dan tak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun.

Untuk pengetahuan korang, BDS adalah pergerakan yang telah dilancarkan oleh 170 kesatuan Palestin, rangkaian pelarian, pertubuhan wanita, persatuan profesional, jawatankuasa penentangan popular dan badan masyarakat sivil Palestin yang lain.

Kredit: BDS Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Podcast

Tonton Oh! Podcast

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas