Trending
Wanita Ini Jual Kuih Raya Serendah RM6 Sebekas Demi Pelanggan Tak Mampu
Seorang wanita berjiwa besar, Khairruni Ahmad Zabidi, 64 mengambil keputusan menjual kuih raya serendah RM6 sebekas selepas melihat seorang pelanggan tidak mampu membeli kuih raya untuk anaknya.
Menurut laporan Bernama, peristiwa menyentuh hati itu membuatkan Khairruni nekad untuk menawarkan biskut raya harga rahmah, yang turut dibantu oleh dua orang kakaknya. Gerainya terletak di lot parkir stesen minyak Shell, Jalan Raja Ashman, Ipoh, Perak.
Tersentuh hati, wanita ini jual kuih raya harga rahmah

Menurut Khairruni, dia melihat sendiri situasi di mana seorang anak kecil memeluk balang biskut yang diinginkannya, namun si ibu tidak mampu membayar harga antara RM28 hingga RM35 sebalang.
Jadi saya jual biskut serendah RM6. Jika pelanggan ada RM50, mereka boleh dapat hingga lapan bekas.
Antara kuih raya yang dijual termasuk biskut mazola, tart nenas, almond london, rempeyek, dan banyak lagi.
Bantu ibu tunggal jana pendapatan

Lebih istimewa, kuih raya dihasilkan oleh pekerja dalam kalangan ibu tunggal bagi membantu mereka menjana pendapatan sendiri.
Khairruni yang sudah 20 tahun berpengalaman dalam pembuatan kuih raya turut menepis tanggapan bahawa harga murah bermakna rasa tidak sedap.
Pelanggan setia puji kuih raya RM6

Seorang pelanggan setia berkata ini adalah tahun kedua dia membeli kuih raya di gerai Khairruni kerana harga yang murah dan pilihan yang banyak.
Setiap kali balik ke Ipoh, pasti saya singgah. Kuih raya di sini sedap, banyak pilihan, dan tak perlu berkira soal harga.
#ApaKataOhmedia
Di sebalik keuntungan, masih ada peniaga yang mengutamakan keikhlasan dan kebajikan orang lain. Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita semua lebih prihatin dan membantu mereka yang memerlukan!

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM