Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Sedapnya Lontong, Jom Buat Di Hari Raya Pertama!

Oh! Makan

#JUADAH Sedapnya Lontong, Jom Buat Di Hari Raya Pertama!

Hari raya bakal menjelma tak lama lagi! Kalau dapat makan lontong raya nanti mesti sedap juga bukan?

ADVERTISEMENT

BACA: #JUADAH Resepi Mudah Buat Puding Roti Dengan Sos Kastard Paling Manis Berlemak!

Oh! Media kali ini akan kongsi satu resepi mudah untuk membuat hidangan lontong tersebut. Jom, kita check dekat bawah!

Resepi lontong

lontong

Bahan-bahan:

  1. 2 inci lengkuas (ditumbuk)
  2. 2 batang serai (ditumbuk)
  3. 500 gram udang
  4. 1 kotak santan segera atau 1/2 biji santan kelapa
  5. 1 batang lobak merah (dipotong panjang)
  6. 7-8 batang kacang panjang (dipotong)
  7. 1/2 biji sengkuang
  8. 1 bungkus tempe (dipotong)
  9. 3 ketul tauhu (dipotong)
  10. 1 genggam suhun
  11. 3-4 keping fucuk (rendam lembut dan potong 1 inci panjang)
  12. Sedikit kubis cincang

Bahan-bahan dikisar halus:

  1. 1 biji bawang besar
  2. 2 inci kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
  3. 1 inci halia
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 3 sudu besar udang kering (telah direndam bersama air)

Bahan untuk dihidang bersama:

  1. Nasi impit
  2. Telur rebus
  3. Tempe (dihiris nipis dan digoreng)
  4. Ikan bilis goreng

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan udang, buang kepala dan kulit.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Kemudian masukkan lengkuas dan serai yang telah ditumbuk.
  4. Masukkan udang dan kacau seketika.
  5. Tuangkan santan cair dan masak hingga mendidih.
  6. Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
  7. Masukkan pula tempe, tauhu, suhun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
  8. Setelah lembut, masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan.
  9. Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  10. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.

Kalau nak kick lagi boleh dimakan dengan mana-mana sambal pedas juga tau. Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Che Nom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas