Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Resepi Mudah Buat Puding Roti Dengan Sos Kastard Paling Manis Berlemak!

Oh! Makan

#JUADAH Resepi Mudah Buat Puding Roti Dengan Sos Kastard Paling Manis Berlemak!

Puding roti merupakan hidangan pencuci mulut yang digemari ramai. Tapi, tahukah korang bahawa puding roti sebenarnya berasal daripada negara Eropah? Jauhnya!

ADVERTISEMENT

BACA: #JUADAH Ini Resepi Mudah Kuetiau Goreng Terpaling Sedap!

Hari ini, Oh! Media akan kongsi satu resepi mudah untuk membuat hidangan pencuci mulut ini sebagai manisan ketika berbuka puasa nanti.

Resepi puding roti

Bahan-bahan puding roti:

  1. 8 keping roti
  2. 4 sudu besar mentega
  3. ¼ cawan kismis
  4. 2 cawan susu krim penuh
  5. ½ cawan gula
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. ¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  8. Secubit garam
  9. 3 biji telur
  10. Gula perang

Cara penyediaan puding roti:

  1. Potong roti 8 bahagian.
  2. Sapu mentega pada dulang pembakar.
  3. Susun potongan roti di dalam dulang pembakar.
  4. Dalam bekas yang lain, masukkan susu krim penuh bersama gula, esen vanilla, serbuk kulit kayu manis, secubit garam dan telur. Kacau sebati semua bahan.
  5. Panaskan mentega sehingga cair, lalu tuang mentega di atas roti.
  6. Taburkan kismis dan tuang adunan susu ke dalam roti. Tekan roti supaya tenggelam dan menyerap adunan.
  7. Rehatkan lebih kurang 5 -10 minit.
  8. Tabur gula perang secukupnya atas adunan roti, lalu bakar dengan suhu 170˚C selama 25-30 minit sehingga puding roti masak dan permukaan roti menjadi perang.

Bahan-bahan sos kastard:

  1. 1 tin susu cair
  2. 2 sudu besar tepung kastard
  3. 1 cawan air
  4. 4 sudu besar gula
  5. Secubit garam

Cara penyediaan sos kastard:

  1. Masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan secubit garam.
  2. Kacau bahan sehingga larut sepenuhnya.
  3. Setelah larut, masukkan air dan panaskan adunan sos kastard.
  4. Masak sehingga sos kastard masak dan pekat sekata.

Bila telah siap, hidangkan puding roti yang telah dibakar bersama dengan sos kastard di atasnya. Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Che Nom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas