Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Mudah Dan Cepat, Ini Resepi Lemang Kukus Cawan Untuk Santapan Hari Raya

Befunky collage

Oh! Makan

#JUADAH Mudah Dan Cepat, Ini Resepi Lemang Kukus Cawan Untuk Santapan Hari Raya

Lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Nak-nak pula sekarang ni dah boleh rentas negeri untuk pulang beraya bersama yang tersayang di kampung.

BACA: #JUADAH Ini 5 Bahan Dan Cara Buat Biskut Tart Cadburry Kesukaan Ramai

Pastinya korang dah mula terbayang-bayang akan juadah yang akan dihidangkan waktu Hari Raya Aidilfitri nanti seperti lemang, ketupat, kuah kacang dan sebagainya.

IKLAN

Jadi untuk edisi #JUADAH pada hari ini, kami ingin berkongsi kepada korang satu ilmu yang dikongsikan Chef Sue M Arikin di Facebook tentang cara-cara membuat lemang kukus menggunakan cawan plastik di rumah.

Copy of newborn 76 04 30 412075

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
  • 600ml santan pekat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
  2. Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
  3. Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
  4. Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya. 
  5. Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
  6. Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap. 

Mudah dan cepat bukan? Korang boleh lah cuba sendiri di rumah nanti.

Kredit: Facebook Sue M Arukin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas