Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Egg Tart Guna Air Fryer, Boleh Bau Satu Rumah Weh!

20230330 200644 0000

Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Egg Tart Guna Air Fryer, Boleh Bau Satu Rumah Weh!

Kalau kita lalu di mana-mana pusat beli belah, mesti kita akan terbau wangian daripada kedai kek dan pastri bukan? Lagi-lagi bau egg tart, Ya Allah sedapnya!

BACA: #JUADAH Resepi Mudah Teh Ais Sejuk Paling Nyaman Versi Air Balang!

Tapi, tahukah korang bahawa egg tart ini sebenarnya boleh dibuat menggunakan air fryer sahaja? Ha, jom Oh Media kongsi cara untuk membuatnya.

IKLAN

Resepi egg tart

Image 225

Bahan-bahan:

  1. 1 paket puff pastry
  2. 250ml whipping cream
  3. Gula kastor
  4. Air
  5. 4 biji telur
  6. Esen vanilla
  7. Serbuk kayu manis
  8. Tepung kastard

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan whipping cream dan 1/2 cawan gula kastor menggunakan api kecil.
  2. Tambahkan sedikit air dan kacau hingga gula larut.
  3. Dalam bekas yang lain pukul telur dan masukkan serbuk kayu manis dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan bancuhan susu dan gula yang telah larutkan ke dalam bekas bancuhan telur.
  5. Masukkan tepung kastard dan gaul sebati semua bahan.
  6. Tapiskan ke dalam bekas jug kecil supaya mudah masuk ke dalan acuan pastri.
  7. Bentukkan kulit pastri mengikut acuan dan cucuk doh tersebut menggunakan garfu.
  8. Tuangkan bancuhan ke dalam acuan pastri.
  9. Panaskan air fryer dan bakar dalam suhu 170 darjah selama 15 minit.
  10. Bakar hingga kekuningan.
  11. Setelah siap boleh dihidangkan.

Ha, mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: Cookpad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Sembang Jerr - Donald Trump Main Golf Ditemani Sistem Peluru Berpandu

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas