Connect with us

Oh! Media

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang Siasat Nasi Ayam Viral Ambil Bahan Masakan Dari Restoran Bukan Islam

Ohmedia nasi ayam viral

Oh! Makan

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang Siasat Nasi Ayam Viral Ambil Bahan Masakan Dari Restoran Bukan Islam

Siapa duduk Pulau Pinang atau pernah ke sana mungkin pernah makan dekat kedai nasi ayam viral. Bagaimanapun, sekarang tengah kecoh tentang dakwaan mereka ambil bahan masakan dari sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong, Georgetown.

Disebabkan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, JHEAINPP akan menyiasat dakwaan ini dengan lebih terperinci hari ini.

Semalam, Isnin 15 Ogos 2022, JHEAINPP telah membuat siasatan dan hari ini mereka akan lakukan semula.

IKLAN

Siasatan pada hari ini juga akan dijalankan bersama agensi lain. Kita akan maklumkan kemudian mengenai siasatan yang dijalankan nanti.

Sebelum ini tersebar rakaman video berdurasi 2:38 saat dan dapat dilihat dua orang lelaki masuk mengambil barang di dalam sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong yang kemudiannya di bawa untuk dijual di gerai Sungai Ara.

Image 68

Pemilik kedai nasi ayam viral itu kemudian menepis dakwaan terbabit dan mengatakan mereka masak makanan sendiri di kompleks membeli-belah sebelum di bawa ke Sungai Ara.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas