Connect with us

Oh! Media

Hospital Diarah Buat Siasatan Dakwaan Individu Terima Suntikan Kosong

Vaksin Kosong Om

COVID-19

Hospital Diarah Buat Siasatan Dakwaan Individu Terima Suntikan Kosong

Viral di media sosial video rakaman seorang lelaki ketika menerima suntikan vaksin jenis Pfizer yang didakwanya ‘kosong’. Menerusi rakaman berdurasi 17 saat itu, dia merakam proses suntikan dan mendakwa vaksinator tidak menekan jarum masuk ke dalam badan.

BACA: Dakwa Dapat Suntikan ‘Kosong’, Individu Buat Laporan Polis

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya telah menghubungi Pengarah Hospital Banting dan menggesa siasatan dalaman berkenaan dakwaan itu dijalankan.

IKLAN

Arah vaksinator kemuka bukti untuk bela diri

Suntikan Vaksin Kosong

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut isu berikutan ianya masih di dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah hospital dilaporkan sudah menemui vaksinator berkenaan dan ada alasan tertentu diberikan terhadap kejadian itu.

Kita minta pengarah arahkan vaksinator supaya kemukakan bukti yang diperlukan untuk membela dirinya.

Kata beliau lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti hasil siasatan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut. KKM juga akan melihat sama ada video yang ditularkan sahih ataupun tidak.

Vaksinator sudah diberi garis panduan dan prosedur yang perlu dipatuhi

Bhkosong8 o bhfield image listing featured v2var 1625704839
Sekadar gambar hiasan

Kita nak tengok hasil siasatan dulu sama ada terdapat kesilapan vaksinator atau kesilapan teknikal termasuk tidak mematuhi prosedur yang perlu dipatuhi.

Semua vaksinator sudah diberi garis panduan dan ada prosedur tertentu perlu dipatuhi, seharusnya tidak akan timbul isu sebegini.

Menurutnya, semua vaksinator di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudah diberi garis panduan dan terdapat prosedur tertentu yang perlu dipatuhi mereka. Seharusnya, isu sebegini tidak timbul.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas