Connect with us

Oh! Media

5,000 Hadiri Konsert Ujian Di Sepanyol, Hanya 6 Didapati Positif Selepas Divaksin

Konsert Ujian

COVID-19

5,000 Hadiri Konsert Ujian Di Sepanyol, Hanya 6 Didapati Positif Selepas Divaksin

Para penyelidik di Sepanyol telah membuat satu kajian dengan mengadakan satu konsert ujian untuk mengenal pasti tahap jangkitan selepas divaksin.

Walaubagaimanapun, enam orang didapati positif selepas 14 hari hadiri konsert tersebut di Barcelona tetapi kejadian itu dianggap rendah berbanding kadar jangkitan yang pernah berlaku.

Konsert yang dihadiri kira-kira 5,000 peminat muzik tempatan Sepanyol itu didapati negatif Covid-19 setelah ujian dilakukan.

IKLAN

Rata-rata peminat masih memakai pelitup muka bagi melindungi diri tetapi tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Penyelidik mendapati empat daripada enam yang dijangkiti itu telah berjangkit di tempat lain, bukan disebabkan daripada konsert berkenaan.

https://twitter.com/Catinformacio/status/1375908723810504712?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1375908723810504712%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.bbc.com%2Fnews%2Fworld-europe-56899764

Pihak berkuasa Sepanyol meluluskan konsert ujian tersebut sebagai satu projek ujian penyelidik.

Menurut data yang diperolehi, kadar jangkitan di konsert berkenaan dikatakan jauh lebih rendah berbanding yang sedia ada.

“Tiada tanda-tanda yang menunjukkan jangkitan berlaku semasa konsert itu diadakan”, kata pakar penyakit berjangkit Dr Josep Maria.

Kumpulan muzik yang menyertai experiment ini, Love of Lesbian mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan para penyelidik kerana membuat ujian ini.

“Kami berharap selepas ini, dengan keputusan yang positif ini, lebih banyak konsert dapat diadakan seperti dulu” kata mereka.

Konsert yang diadakan di Barcelona ini merupakan yang terbesar di Eropah sejak pandemik Covid-19 berlaku di mana kebanyakan negara melarang sebarang aktiviti sosial terutamanya melibatkan jumlah orang yang ramai.

Kredit : BBC

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas