Waktu endemik ini mesti ramai antara kita yang dah lama tak keluar bersenam dengan kawan-kawan kita betul tak? Dan kalau bersenam pun mesti bersenam dalam rumah saja sebab takut terkena jangkitan virus Covid-19.
Tapi bila bersenam dekat rumah pula, mesti rasa bosan sebab tak ada kawan untuk bersenam. Bukan itu sahaja, kadang-kadang bila dah beria beli baju dan peralatan untuk bersenam, tiba-tiba motivasi pula hilang nak teruskan.
Kekal Aktif Bersama Watsons Get Active Virtual Park
Kini, korang tak perlu risau lagi sebab Watsons hadir membantu korang untuk sentiasa kekal aktif dengan Watsons #GetActive Park di mana ia menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan senaman yang akan membuatkan korang akan berasa sentiasa aktif.
Menariknya, korang boleh join kempen ini secara virtual pada bila-bila masa sahaja dan yang paling penting di mana-mana sahaja korang berada. Haa, dapat jimat masa korang tau kalau join virtual ini.
Kalau korang nak tau, dalam acara virtual ini, Watsons telah mencipta 4 jenis taman maya untuk korang bersenam dan pada masa yang sama berkenalan dengan orang baru. Menarik!
Park Pertama: What’s On Air
Untuk park yang pertama ini, korang menyaksikan video resepi daripada Abang Brian di mana dia mengubah resepi makanan kegemaran korang menjadi makanan yang lebih sihat. Confirm sedap dan sihat dengan sentuhan Abang Brian.
Park Kedua: Exercise Arena
Untuk park yang kedua ini, korang diberikan beberapa pilihan senaman untuk korang lakukan selain daripada dapat mengira kadar BMI korang. Haa, tak payah susah-susah pergi ke gym, dekat virtual park ini pun ada tau.
Park Ketiga: Brand Expo
Park yang ketiga ini mesti korang semua akan suka lagi-lagi para wanita iaitu Brand Expo. Di sini, Watsons akan display produk-produk kesihatan yang dijual. Bak kata orang, sambil menyelam minum air, dah alang-alang penat bersenam tu, bolehlah singgah cuci mata dan yang paling penting berbelanja!
Park Keempat: Play Land
Dan park yang terakhir pula adalah Play Land di mana korang akan diberi cabaran untuk menyelesaikan beberapa tugasan bersama dengan trainer seperti core exercise, circuit training, plank, yoga ataupun pilates. Bestnya!
Tebus Pelbagai Produk Daripada Watsons Menggunakan e-Stamps
Kalau korang banyak join aktiviti daripada kesemua taman maya yang ada, korang akan dapat mata point eStamps dan korang boleh tebus pelbagai jenis barangan daripada Watsons. Lagi banyak korang bermain, lagi banyak eStamps korang akan dapat. Tunggu apa lagi, join lah sekarang!
Tingkatkan Kesadaran Untuk Kekal Sihat Bersama Watsons!
Jom kekal aktif dan sihat dengan join Watsons Get Active Virtual Park sebab dekat sini macam-macam aktiviti yang Watsons sediakan untuk korang tau, siap ada chef datang ajar masak makanan yang sihat pula tu. Dekat mana lagi korang nak dapat peluang macam ni kalau bukan di Watsons Get Active Virtual Park. Klik di SINI untuk join virtual park!
Menariknya, korang bukan sahaja boleh join Virtual Park ni dekat rumah, tapi dekat mana-mana sahaja korang berada tau!
Dah alang-alang aktif tu, jangan lupa untuk berbelanja di Watsons untuk menikmati penjimatan duit yang lebih banyak ketika berbelanja. Untuk info lebih lanjut, jangan lupa untuk layari https://www.watsons.com.my/.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.