Connect with us

Oh! Media

TERHAD: Jom Kaya Raya Di Gamuda Gardens Dan Dapatkan Baucar RM500!

Branded

TERHAD: Jom Kaya Raya Di Gamuda Gardens Dan Dapatkan Baucar RM500!

Memiliki rumah sendiri menjadi idaman ramai orang. Tapi, ramai yang masih tercari-cari lokasi dan hartanah paling sesuai dengan harga, lokasi dan kemampuan. Tak perlu fikir panjang lagi sebabnya kami ada jawapan untuk semua itu.

Apa tunggu lagi, miliki kediaman idaman di Gamuda Gardens yang terletak di Lembah Klang Utara. Projek ini dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, Guthrie dan LATAR. Perumahan ini menggabungkan gaya hidup dan alam semula jadi dalam satu. 

Terdapat beberapa jenis projek yang sedang dan sudah disiapkan iaitu Village Homes, Joya, Jovita, Illaria Hillside Homes, GAIA Residences, Gamuda Gardens Esteem dan Valeria Residences Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri, dibina di kawasan berkeluasan 810 ekar. 

Menariknya, perumahan ini mempunyai ciri-ciri unik yang jarang dimiliki projek lain. Contohnya untuk Illaria yang memiliki Sakura Lane, co-working space mesra alam, kebun komuniti selain BBQ dan kitchen area untuk penghuni. Selain itu, pemaju turut membangunkan Central Park yang mesra haiwan peliharaan. Nak bersantai dan meluangkan masa dengan keluarga? Apa kata ke taman tema Xploria Gamuda Gardens yang ada bermacam tarikan dan aktiviti menarik untuk diteroka. Excited kan?

Kaya Raya di Gamuda Gardens

Jom berkunjung ke Gamuda Gardens Experience Gallery dari 25 April hingga 31 Mei 2022. Menariknya, pada 14 dan 15 Mei (Sabtu & Ahad) diadakan Kaya Raya Gamuda Gardens sempena Syawal  dari 10 pagi hingga 6 petang. Berkonsepkan Kaya Raya di Gamuda Gardens, bukan sahaja mementingkan aspek material tetapi juga kaya dari segi jiwa dan sikap, barulah cukup Kaya Raya!

Di sana, korang boleh tengok dan bertanya sendiri kepada staf mereka yang mesra mengenai rumah diidamkan. Dari A sampai Z mereka akan layan dari segi info mengenai projek dikendalikan mereka. Utarakan saja segala kemusykilan yang ada, tak perlu malu-malu, mereka sentiasa sedia untuk menjawab segala pertanyaan korang sebagai bakal pembeli.

Apa yang menariknya, bagi mereka yang berkunjung, menempah dan menandatangan untuk urusan pembelian akan menerima baucar tunai eWallet Touch n’ Go bernilai RM500. 

Acara ini juga diadakan dengan kolaborasi The Asli Co yang ditubuhkan untuk memperkasa golongan ibu-ibu Orang Asli menjana pendapatan bagi kelangsungan hidup dan pendidikan anak-anak.

Pengunjung yang menempah dan menandatangan juga akan membawa pulang bantal mata aromaterapi The Asli Co yang dibuat sendiri oleh 9 ibu dari 2 kampung Orang Asli, Kampung Orang Asli Serendah dan Kampung Orang Asli Hulu Kuang. Salah seorang peserta, Ayu dari Kampung Hulu Kuang berjaya meraih pendapatan RM5,000 sebulan dengan bekerja beberapa jam sehari dari rumah.

Pembeli hanya layak mendapatkan hadiah berkenaan jika menandatangani SPA dari 25 April hingga 31 Mei 2022.

Pada 14 dan 15 Mei, turut disediakan kepada pengunjung adalah aiskrim Turki. Nanti kena banyak bersabar apabila dihulurkan aiskrim tu nanti, banyak trick yang mencuit hati bakal disajikan untuk pengunjung. Anak-anak mesti terhibur juga dengan telatah pengendali aiskrim Turki ini. Tidak ketinggalan pengunjung juga akan mendapat door gift berupa lilin wangi beraroma.

Selain itu, akan turut dipamerkan juga adalah produk yang dihasilkan The Asli Co. yang unik dan mempunyai tarikan tersendiri. Kesenian dan nilai-nilai estetika yang tak ramai lihat sebelum ini boleh sama-sama dihayati dan dihargai.

Belum terlambat rebut peluang GL SIMPLICITY

Bagi memudahkan urusan pemilikan rumah, Gamuda Land turut memperkenalkan GL SIMPLICITY. Dengan pelan ini urusan pembelian rumah menjadi lebih mudah dan tidak memerlukan belanja besar.

Yang penting kena cepat kerana GL SIMPLICITY akan berakhir pada 30 April ini, jadi cepat-cepat mendaftar sekarang! Kena bertindak cepat untuk tanda tangan SPA untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah yang lumayan juga tau.

Antara hadiah ditawarkan adalah E-scooter, E-bike, Smart TV 50″, baucar peralatan dapur elektrik bernilai sehingga RM10,000, baucar Harvey Norman bernilai sehingga RM2,000 dan vacuum Dyson! Semuanya bernilai RM500,000 untuk direbut!

Dengan GL SIMPLICITY ini juga, pembeli akan menikmati bantuan perpindahan dari segi yuran guaman Perjanjian Jual Beli serta Memorandum Pemindahan PERCUMA. Bukan senang nak dapat tu, inilah masa paling sesuai!

Untuk maklumat lanjut mengenai rumah idaman ramai ini, korang boleh hubungi nombor di talian ini: 03-2727 7471, atau korang juga boleh layari laman web rasmi Gamuda Gardens: https://gamudaland.com.my/gamudagardens/

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas