Connect with us

Oh! Media

Memperkenalkan “Sabweh” Maskot Comel Dari Subway Malaysia. Cool Gila Nama!

Branded

Memperkenalkan “Sabweh” Maskot Comel Dari Subway Malaysia. Cool Gila Nama!

Korang tau tak yang Subway Malaysia dah ada maskot sendiri yang dikenali sebagai Sabweh?

Ohmedia terperasan bila nampak ‘roti’ comel terbang dekat billboard 3D Pavilion, Kuala Lumpur. Rupanya itulah Sabweh, maskot untuk Subway Malaysia.

Jujur kami rasa nama Sabweh tu sendiri cool mungkin daripada cara orang kita menyebut nama restoran tu sendiri. Haha…

Kalau korang nak tau, Sabweh ni merupakan hasil karya Ernest Ng, pelukis siri komik web terkenal “Don’t Like That La Bro” dan watak Sabweh ni sebenarnya dah buat penampilan sulung di paket raya edisi terhad Subway pada Hari Raya hari tu.

Nak lebih pengembaraan dengan Sabweh? Jom ke pameran Subway Mini World

Memandangkan korang pun dah kenal Sabweh ni,kali ni kami nak ajak korang untuk ke pameran miniature Subway (Subway Mini World) yang julung kalinya  diadakan. Korang takkan jumpa pameran macam ni kat tempat lain!

Pameran ni akan diadakan di 2 lokasi iaitu di Tiffin The Yard, Kuala Lumpur dan Queensbay Mall, Penang pada tarikh seperti tertera di bawah:

Tarikh: 8-10 Julai 2022

Tempat: Tiffin The Yard, Kuala Lumpur

Tarikh: 15-17 Julai 2022

Tempat: Queensbay Mall, Penang

Subway Mini World ni merupakan pameran yang meraikan sejarah panjang Subway di Malaysia yang direka oleh artis miniature berbakat MinNature Malaysia.

Kredit: @minnaturemalaysia (MinNature Malaysia)

Bukan tu saja, masa pameran Subway Mini World ni nanti korang juga boleh tebus goody bag* eksklusif. Klik di SINI untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa set date korang untuk ke pameran Subway Mini World nanti, bawa sekali famili dengan kawan-kawan, barulah lagi ENJOY!! 

Jumpa korang di sana.

Maklumat lanjut mengenai pameran Subway Mini World atau promosi best dari Subway, korang boleh layari https://subwayisfresh.com.my/ atau follow Facebook dan Instagram Subway Malaysia.

*Tertakluk terma & syarat

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas