Connect with us

Oh! Media

Review Jujur Samsung Galaxy S21 FE 5G, Ini 3 Benda Yang Best Dengan Telefon Pintar Ni

Branded

Review Jujur Samsung Galaxy S21 FE 5G, Ini 3 Benda Yang Best Dengan Telefon Pintar Ni

Baru-baru ni Samsung telah buat comeback dengan siri Galaxy S21 yang baru iaitu S21 Fan Edition 5G dan kami ada berkongsi dengan korang unboxing telefon pintar yang trendy ni. 

‘BACA’: Kena Dengan Trend Anak Muda, Samsung Galaxy ‘Comeback’ Dengan Siri S21 FE 5G Terbaharu

Setelah menggunakan telefon pintar ini selama 2 minggu, haa meh kami share dengan korang review jujur terhadap Galaxy S21 FE 5G.

Kepuasan Maksimum Dengan Skrin Yang Lebih Luas

Model Galaxy S21 FE 5G ni hadir dengan skrin berkeluasan 6.4 inci FHD+ Dynamic Amoled 2X yang mana ianya sangat puas bila nak binge watching drama, filem atau music video dengan resolusi 1800 x 2400 pixel. Haa, memang betul-betul puaslah!

Paling penting, ia dapat jaga mata korang dengan AI-based blue light control yang mana ia dapat kurangkan kesan bahaya cahaya biru dan beri keselesaan pada mata bila tonton skrin pada jangka masa lama. Haa, sesuailah untuk korang yang 24 jam menghadap telefon je!

Siapa yang kaki game tu, korang memang patut dapatkan siri Galaxy S21 FE 5G ni sebab ia dilengkapi dengan kadar segar semula 120Hz dan dikuasakan dengan pemproses Octa-Core 5nm 64-bit sepantas kilat! 

Senang cerita, korang akan dapat kepuasan yang maksimum bila bermain video game atau tengok drama dengan skrin yang luas, kadar segar semula yang tinggi dan pemproses yang pantas.

Hasil Rakaman Gambar & Video Yang Memukau

Selain itu, Samsung Galaxy S21 FE 5G ni juga dilengkapi dengan 3 kamera di bahagian belakang yang mana kamera utama dan kamera Ultra-lebar adalah 12MP dan kamera telefoto 8MP yang boleh zoom 3 kali ganda.

Hasil tangkapan mod malam menggunakan Galaxy S21 FE 5G

Menariknya, ia turut hadir dengan tetapan Mod Malam yang secara automatik dapat tingkatkan tangkapan cahaya malap untuk bantu korang tangkap gambar dengan lebih jelas walaupun dalam keadaan paling gelap tau. Wow!

Hasil tangkapan gambar outdoor dan indoor menggunakan Galaxy S21 FE 5G

Dengan kamera yang berkualiti, korang dapat tangkap banyak gambar tanpa perlu menambahkan sebarang filter sebab hasilnya sangat memuaskan dan tampak sangat profesional!

Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan rakaman Dwi yang mana korang boleh rakam video serentak menggunakan kamera depan dan belakang serta boleh bertukar-tukar antara kamera dengan satu klik sahaja. Menarikan?

Tak lengkap kalau sesebuah telefon pintar tu kalau tak ada kamera swafoto. Haa, kamera depan Galaxy S21 FE 5G ni adalah sebesar 32MP tau! Tak dinafikan, memang seronok kalau guna kamera depan ni untuk berswafoto bersama yang tersayang.

Hasil tangkapan menggunakan kamera swafoto Galaxy S21 FE 5G

Kamera swafoto Galaxy S21 FE 5G ni juga mempunyai mod potret yang menjadikan gambar korang lebih jelas dan cantik dengan memfokuskan subjek utama dan latar belakang imej dikaburkan. Korang juga boleh kawal tahap kaburan pada imej belakang tau!

Antara ciri menarik lain yang korang boleh dapat adalah AR Doodle, Panorama, Pro, Pro Video, Super Slow-Mo, Hyperlapse, dan Food.

Jangka Hayat Bateri Bertahan Lebih Lama

Untuk korang yang takut bateri cepat habis tu, korang dah tak perlu risau dah sebab Galaxy S21 FE 5G ni hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh tau! Jadi, walau lama macam mana sekalipun korang pakai, bateri telefon ni akan lambat nak turun. 

Lagi best, korang tak perlu pun tunggu lama bila nak cas telefon sebab ia disempurnakan dengan pengecasan pantas 25W, yang mana ia akan cas bateri telefon melebihi 50% dalam masa 30 minit je tau. Memang mantaplah! 

Sehingga 31 Januari 2022, kalau korang beli Samsung Galaxy S21 FE 5G, korang akan dapat e-baucar bernilai RM350 untuk pembelian seterusnya serta SamsungCare+ percuma 1 tahun bernilai RM220. Tertakluk pada terma dan syarat!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh kunjungi laman web rasmi Samsung di SINI.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas